Memaparkan catatan dengan label Calon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Calon. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 28, 2010

Usah layan, Ku Li nafi dakwaan boikot calon BN

Pengarah jentera pilihanraya kecil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Tengku Razaleigh Hamzah berkata tiada gunanya mendengar dan melayan pelbagai dakwaan Pas yang hanya bertujuan memburukkan Barisan Nasional (BN).

Sambil menafikan dakwaan kononnya tidak senang dengan calon BN, beliau menjelaskan ketidakhadirannya untuk bersama calon ke tempat penamaan calon kerana mahu bersama penyokong BN yang mengiringi calon BN.

“Kenapa kita nak dengar sangat kritikan Pas. Lagi pun saya bukanlah budak kecil yang masih mentah…kalau nak saya merajuk kerana perkara seumpama ini.

“Saya tak pergi ke dewan kerana yang pertamanya kita semua tak berhak bersama calon, hanya pencadang dan penyokong dibenar mengiringi calon ke tempat penamaan calon tapi orang lain, orang kenamaan diizinkan untuk berada di situ.


Rabu, Oktober 27, 2010

Calon ini yang dicaci oleh PAS?

Gambar di atas merupakan calon BN bagi DUN Galas, Abdul Aziz bin Yusof yang juga merupakan Setiausaha UMNO Bhg. Gua Musang.

Isnin, Oktober 25, 2010

SMS: Mana calon tempatan yang PAS janji?

Berita Gempar:
Pas janji calon anak tempatan Galas. Mana dia kredibiliti PAS dan MB Kelantan sebenarnya telah ada calonnya sendiri walaupun Dr Zul bermasalah. Dah la tak popular tambah lagi cerita khalwatnya. Kalau gitu lebih molek letak calon dr ORE ASLI spt yg Husam janjikan. Kami rasa tertipu. Fikirkan la.
Tidak percaya lihat biodata calon-calon berikut:

Ahad, Oktober 24, 2010

Abdul Azis Yusof, Calon BN Di DUN Galas


KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Barisan Nasional menamakan Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang Abdul Aziz Yusof, 47, sebagai calonnya untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas pada 4 Nov depan.

Berikut laporan Agendadaily:

Jumaat, Oktober 22, 2010

UMNO atau PAS yang ada masalah calun di Gua Musang?

Mohd Sayuti Omar menyatakan dalam blognya bahawa PAS tidak menghadapai masaalah dalam menentukan calon.

Untuk menguatkan analisanya, Sayuti menyatakan UMNO yang berhadapan dengan masaalah memilih calon.

Sungguhkah PAS tiada masaalah dalam memilih calun?

Menurut Sayuti, pertikaian mengenai calon berlaku ekoran rancangan Tengku Razaleigh untuk meletakkan orangnya telah dibantah atau kurang disenangi oleh pihak lain.

Dr Zulkefli calon PAS

GUA MUSANG, 21 Okt: Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas.


Pengumuman itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis pengisytiharan calon di Dataran Ilmu, di sini sekitar jam 11.54 malam ini.

“Inilah pemimpin yang PAS pilih sebagai ‘Calon Kita’ bagi Pilihan Raya Kecil N.45 Dun Galas. Beliau adalah Dr Zulkefli Mohamad,” umumnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz, Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.


Khamis, Oktober 21, 2010

Calun PAS tidak merokok tapi ramai yang terbakar

Sebaik kembalinya arwah YB Chik Hashim Sulaiman ke rahmatullah, Menteri Besar Kelantan merangkap Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Dato Nik Aziz Nekmat menyatakan akan mengketengahkan calon yang tidak merokok untuk pilihan raya kecil DUN Galas.

Calon yang bakal dipilih bertanding mempertahankan kerusi dewangan undangan negeri di Kelantan itu mesti mempamerkan perwatakan Islam yang baik serta tidak merokok.

"Perkara pertama, saya akan tolak perokok. Mereka bukan sahaja membahayakan kesihatan sendiri tetapi membazirkan wang,” kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (atas, kiri) yang dipetik oleh akhbar New Sunday Times.

PAS sudah mengenalpasti calun untuk diumumkan hari ini. Pastinya calun tersebut tidak merokok dan nama-nama yang telah disenarai pendik juga turut tidak merokok.

Cuma yang ingin diketahui, adakah nama-nama yang dicadangkan sebagai calun dakah mereka semua itu tidak terbakar diri untuk menerima calun yang akan diumumkan?

Sabtu, Oktober 09, 2010

Ku Li Terima Pelantikan Sebagai Pengarah Pilihan Raya BN DUN Galas

SEPANG, 9 Okt (Bernama) -- Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menerima pelantikan sebagai pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Beliau berkata ia merupakan tanggungjawab sebagai anggota Umno dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang selama hampir 50 tahun, selain anggota Parlimen kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, persoalan sama ada dilantik sebagai calon tidak timbul kerana beliau perlu bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta bermesyuarat mengenai perkara itu Isnin depan.

"Kita belum mengadakan mesyuarat pun. Kita bincang tadi, mungkin saya akan jumpa Perdana Menteri pada hari Isnin depan.


Jumaat, Oktober 08, 2010

Calon BN Galas Diumum Pada 24 Okt, Kata Muhyiddin

SYDNEY, 8 Okt (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas akan diumum pada 24 Okt iaitu dua hari sebelum hari penamaan calon.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beberapa nama yang difikir layak sudah diperoleh untuk ditimbang dan diputuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan pengumuman calon BN itu akan dibuat di Galas atau Gua Musang.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata bagi tujuan tersebut segala maklumat mengenai latar belakang personaliti yang dianggap sesuai itu sudah diperolehi.


Khamis, Oktober 07, 2010

Setiusaha UMNO Gua Musang antara disebut calon BN di Galas

Setiausaha Umno bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusof, 49, adalah antara nama yang disebut-sebut sebagai bakal calon BN dalam pilihan raya kecil bagi kerusi dewan undangan negeri Kelantan kawasan Galas pada 4 November ini.

Satu lagi nama yang timbul ialah Naib Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Zamzani Harun, 39.

Menurut sumber Umno di Gua Musang hari ini, walaupun ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada awalnya dijangka menjadi pilihan BN tetapi beliau, selaku pengarah pilihan raya kecil itu bagi BN, dipercayai lebih cenderung untuk memilih calon lain.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS akibat kanser pada 27 September lalu.

Penamaan calon ialah pada 26 Oktober ini manakala pengundian ialah pada 4 November.

PAS pula lebih bersikap berdiam diri berhubung calonnnya walaupun Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Husam Musa, semalam dilaporkan berkata parti itu sedia memilih calon daripada kalangan Orang Asli jika ada yang sesuai.

Terdapat 1,889 pengundi Orang Asli daripada sejumlah 11,553 pemilih berdafatar di Galas.

Penganalisis politik Juhaidi Yean Abdullah pula berkata tindakan PAS menyoal kewajaran jika BN meletakkan Tengku Razaleigh sebagai calon adalah untuk mengukur penerimaan rakyat terhadap Tengku Razaleigh yang juga ketua Umno bahagian Gua Musang.

"Mereka hanya ingin tahu reaksi rakyat Kelantan sebelum mereka meletakkan calon. Mereka cuba mengatakan Tengku Razaleigh tidak layak bertanding kerusi DUN kerana dianggap tidak secocok dengan kedudukannya sebagai ahli parlimen yang paling lama dan sebagai bekas Menteri Kewangan," katanya.

Juhaidi berkata hakikatnya ialah Tengku Razaleigh adalah calon yang layak dan ini menimbulkan kegusaran kepada PAS.

"Bagaimanapun kemungkinan Tengku Razaleigh meletakkan calon pilihannya adalah lebih tinggi berbanding beliau sendiri yang bertanding," katanya.

- Bernama

Selasa, Oktober 05, 2010

Calonkan Ku Li bukan rendahkan martabatnya

PETALING JAYA 5 Okt. - Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, cadangan agar Tengku Razaleigh Hamzah menjadi calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas tidak akan merendahkan martabat ahli veteran UMNO itu.

"Tak timbul soal rendah martabat atau apa saja tetapi yang pentingnya (ialah) siapa yang bertanding akan diamanahkan untuk membawa suara rakyat dari kawasan yang ditandingi.

"Jadi, kalau Tengku Razaleigh bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), beliau akan berkhidmat untuk kawasan yang diwakilinya nanti dan ia merupakan satu penghormatan kepada sesiapa sahaja," katanya.


Angin Mac 2008 sudah berlalu

Ketika semua orang menanti kepulangan Tengku Razaleigh Hamzah dari luar negara pada 9 Oktober ini senario yang jelas terserlah ialah PAS memang gelabah dengan faktor Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu dalam menghadapi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Galas.

PAS sangat mengharapkan Tengku Razaleigh akan ‘buat perangai’ untuk memporak perandakan jentera BN.

Belum pernah dalam sejarah menjelang pilihanraya kecil PAS begitu sibuk membuat komen dan busybody mengenai lantikan Pengarah Pilihanraya BN.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Mat Yusoff Abdul Ghani mengakui dalam satu pertemuan dengan Agendadaily faktor Tengku Razaleigh akan memberi kesan besar pada ‘mood’ pengundi Galas.

Isnin, Oktober 04, 2010

Pilih Ku Li tepati selera pengundi

BERA 3 Okt. - Pelantikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas wajar dan menepati selera pengundi di kawasan berkenaan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemilihan Tengku Razaleigh atau Ku Li itu sangat tepat berikutan rekod beliau dalam bidang politik selain diterima pengundi di kawasan itu.

Menurut beliau, kedudukan DUN Galas di bawah Parlimen Gua Musang merupakan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali kawasan itu daripada Pas.