Memaparkan catatan dengan label Isu air. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu air. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 28, 2010

Kenapa bekalan air di Kelantan tak cukup dan kotor?


Pas perintah Kelantan bermula pada tahun 1990. Pada tahun 1995 mereka mengswastakan perkhidmatan air di Kelantan.

Mereka menubuhkan Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB) yang mana syarikat usahasama Thames Water dari Britain dan Yakin (anak syarikat PKINK). Thames Water memegang 70 % saham dalam KWSB, manakala Yakin 30%.

Sejarah sepenuhnya boleh dibaca di laman KWSB sini.

Setelah beberapa tahun diswastakan, keadaan tetap sama. Tiada perubahan, rakyat tetap menghadapi masalah mendapat bekalan air. Kenapa sudah diswastakan pun masih tak berubah?