Memaparkan catatan dengan label PAS mengugut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS mengugut. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 27, 2010

Kesusahan dan ugutan membuat kaum Cina Kg Pulai undi PAS



LADANG GETAH DI KAMPONG PULAI

Disebabkan pergantungan punca pendapatan kepada ladang getah yang mereka teroka tetapi belum lagi diberi geran hakmilik, penduduk Cina Kampong Pulai Gua Musang terpaksa memberi undi kepada PAS.

Kg Pulai ini dikatakan telah diteroka orang-orang Cina suku kaum Hakka. Mereka datang untuk melombong emas di kawasan kampung tersebut.

Semasa zaman penjajahan Jepun, kawasan merupakan kubu penting pergerakan komunis. Kedudukannya yang terpencil dan dikelilingi hutan dengan penduduk Cina yang ramai menjadikan ia kawasan penting bagi komunis menggerakkan kegiatan dan mengembangkan pengaruh mereka.

Kemiskinan yang membuat sebahagian penduduk kampong termakan dakyah komunis semasa itu. Penduduk Cina Kg Pulai bukan peniaga besar atau taukeh-taukeh kaya tetapi kebanyakkan adalah penoreh getah.


Isnin, Oktober 25, 2010

PAS rasuah dan ugut pengundi Cina



PAS sudah ditemui menabur rasuah dan membuat ugutan terhadap pengundi-pengundi dari kaum Cina di DUN Galas, Gua Musang.

Blog Ohpolitik! telah menjumpai barangan 'goodies' tersangkut di rumah kaum-kaum Cina. Dalamnya berisi, teh Boh 50g, keropok Sira Berlada 80g, Lee Cream Crackers 420g, Munchy's Yosss 105g, dan gula pasir PRAI 1kg.

Bukan setakat itu saja.