Khamis, Oktober 21, 2010

Calun PAS tidak merokok tapi ramai yang terbakar

Sebaik kembalinya arwah YB Chik Hashim Sulaiman ke rahmatullah, Menteri Besar Kelantan merangkap Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Dato Nik Aziz Nekmat menyatakan akan mengketengahkan calon yang tidak merokok untuk pilihan raya kecil DUN Galas.

Calon yang bakal dipilih bertanding mempertahankan kerusi dewangan undangan negeri di Kelantan itu mesti mempamerkan perwatakan Islam yang baik serta tidak merokok.

"Perkara pertama, saya akan tolak perokok. Mereka bukan sahaja membahayakan kesihatan sendiri tetapi membazirkan wang,” kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (atas, kiri) yang dipetik oleh akhbar New Sunday Times.

PAS sudah mengenalpasti calun untuk diumumkan hari ini. Pastinya calun tersebut tidak merokok dan nama-nama yang telah disenarai pendik juga turut tidak merokok.

Cuma yang ingin diketahui, adakah nama-nama yang dicadangkan sebagai calun dakah mereka semua itu tidak terbakar diri untuk menerima calun yang akan diumumkan?

Nama pemimpin tempatan yang disebut bakal menjadi calon PAS ialah Timbalan yang Dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad. Dr Zul adalah calun PAS untuk kawasan Parlimen pada 2008 yang menentang Tengku Razaleigh. Beliau kalah di kawasan DUN Neggiri dan Paloh tapi menang di DUN Galas.

Sejak dicadangkan seorang calun orang Asli oleh Dato Husam Musa, nama Ketua Perhubungan Orang Asli kawasan Galas, Pandak Panjang Ey turut disebut.

Selain itu, nama Ketua Dewan Pemuda PAS Gua Musang, Abdullah Husein, Naib Yang Dipertua PAS Gua Musang, Husin Embong dan Setiausaha PAS Gua Musang, Azman Ahmad disebut-sebut berada dalam senarai.

Sebaik saja Nik Aziz hampir membuat keputusan untuk memilih Dr Zul, beberapa kereta penyokong-penyokong Abdullah telah pergi berjumpa Nik Aziz meminta ditukar keputusannya. Dipercayai mereka akan mengadakan protes membantah pencalonan di Datan Ilmu, Gua Musang malam ini.

Sambil itu, Husin Embong turut tidak berpuashati dengan pencalonan Dr Zul. Husin tersentuh hati kerana sepanjang arwah YB berhadapan dengan sakit, dia yang telah mewakili dan membantu tugasnya.

Ramai nampaknya yang terbakar, walaupun Nik Aziz sudah pilih mereka tidak merokok.

2 ulasan:

Muhammad Azli Shukri berkata...

salam, blog ini sudah dipaut

Jauhari berkata...

Kah!Kah!Kah! Nak tegelak dengar syarat untuk jadi calon PAS di DUN GALAS. Orang itu mestilah tidak merokok.

Nak tanya Nik Aziz.

1. Kenapa boleh terima peliwat jadi pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat?

2. Kenapa waktu Mat Sabu gelar Anwar AlJuburi, pemimpin dan penyokong PAS terima cakapnya?

3. Kenapa waktu pemimpin DAP gunapakai kalimah ALLAH tak ada pun pemimpin PAS membantah? Sedangkan ulama tersohor PAS Dato Harun Din telah memfatwakan bahawa orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah ALLAH.

4. Kenapa kerajaan Pulau Pinang dibawah Guan Eng merampas harta orang Melayu, tidak ada pun suara untuk membela orang Melayu semuanya beragama Islam?

5. Kenapa pemimpin tertinggi PAS tidak mahu berjumpa dengan sdra Saiful untuk mendapatkan penjelasan daripadanya? Mana keadilannya jika menjatuhkan hukum dengan hanya mendengar sebelah pihak sahaja?

6. Kenapa dahulu tuduh pemimpin UMNO kafir kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam untuk memerintah negara?

7. Kenapa sekarang boleh pula bersekongkol dengan DAP dalam satu Pakatan untuk memerintah negeri P.Pinang? Kemudian mengikut sahaja telunjuk pemimpin DAP Lee Guan Eng.

8. Kenapa sekarang penceramah2 PAS tidak lagi membaca ayat 28 Surah Ali-Imraan didalam ceramah mereka?

9. Kenapa berjanji dengan rakyat Terangganu bahawa sekiranya PAS berjaya memerintah negeri, maka sebelum ayam berkokok, PAS akan melaksanakan hukum Hudud. Sampai semua ayam yang berkokok itu habis kena sembelih, tetapi hukum Hudud tidak dilaksanakan di negeri Terangganu. Hatta sehingga kerajaan PAS tumbang masih hukum HUDUD yang dijanjikan itu tidak dilaksanakan.

10. Siapa yang berbohong sebenarnya?