Memaparkan catatan dengan label PAS bohong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS bohong. Papar semua catatan
Jumaat, Oktober 29, 2010
Pembalakan haram di Lojing
GWM cukup yakin PAS tidak berani tampil mempertahankan diri dengan pendedahan rampasan tanah orang asli di Pos Brooke. PAS dan rakan subahatnya, PKR dan DAP akan terus bermain dengan isu nasional dan mendiamkan diri dari membahas isu isu tempatan. PAS pastinya tidak mahu menempah maut.
Tanah yang dirampas bukan sahaja mengkayakan taukeh Cina Singapura dengan bisnes sayurnya, malah telah mencemar dan menjahanamkan alam sekitar. Dan yang paling penting, kerajaan PAS Kelantan telah merompak hasil kekayaan sumber bumi ... kayu balak, untuk mengkayakan kroni kroni Nik Aziz.
Khamis, Oktober 28, 2010
TPM Bidas Fatwa Ikut Suka Pas
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas tindakan Pas yang dianggap beliau terus mengeluarkan 'fatwa' sesuka hati berhubung kerjasama UMNO dengan MCA dalam Barisan Nasional (BN).
Katanya, tindakan menganggap kerjasama UMNO dengan MCA adalah salah tetapi dalam masa yang sama 'menghalalkan' kerjasama Pas dengan DAP, membuktikan pemimpin Pas suka membuat 'fatwa' sesuka hati mengikut kepentingan politik mereka.
''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA," katanya.
Rabu, Oktober 27, 2010
Selasa, Oktober 26, 2010
Setinggan Kg Cabang 4 Kundor menunggu PAS kota janji
Janji yang diungkirkan oleh Kerajaan PAS Kelantan semasa kempen pilihanraya umum ke 12 kepada penduduk setinggan di Kg Cabang 4 Kundor, Gua Musang masih belum di tunaikan sehingga hari ini.
Kerajaan PAS telah berjanji kepada penduduk tersebut bahawa mereka akan diberikan tanah tapak rumah di Kg Tanah Puteh berhampiran Pej Timbang JPJ jalan Kuala Lipis.
Apa yang jelas, tanah tersebut bukan di agihkan kepada penduduk setinggan yang miskin tetapi dimiliki oleh golongan yang mewah dan kaya.
Langgan:
Catatan (Atom)


