Khamis, April 28, 2011

Tanah milik Orang Asli terjejas

JAKOA dakwa Projek Ladang Rakyat musnahkan kawasan tadahan air

KOTA BHARU: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menganggarkan 1,000 hektar tanah termasuk kawasan tadahan air di penempatan Orang Asli di Gua Musang rosak, disebabkan pembangunan projek Ladang Rakyat kerajaan negeri.

Timbalan Ketua Pengarah JAKOA Kelantan dan Terengganu, Abdul Razak Arshad, berkata antara kawasan paling teruk terjejas ialah Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Pasik, Gua Musang.

Katanya, kawasan berkenaan dijadikan projek Ladang Rakyat sehingga memberi kesan kepada kawasan tadahan air yang menjadi sumber air penduduk.

“JAKOA sentiasa menjaga kepentingan Orang Asli dengan memastikan kehidupan mereka selesa, namun sejak kebelakangan ini kawasan mereka diganggu projek Ladang Rakyat.


Rabu, Februari 16, 2011

Menantu Nik Aziz pensyarah UMK

Ketika kerajaan pusat mahu mendirikan sebuah Universiti di Kelantan, pelbagai kritikan dan fitnah dilemparkan oleh pihak PAS dan pelbagai dikerenah sengaja dibuat oleh kerajaan PAS Kelantan untuk menggagalkan usah murni ini.


Sabtu, November 27, 2010

Penganguran: Masaalah perlu hadapi, Bukan putarbelit dan sembunyi

JTK Kelantan Tempatkan 4,375 Penganggur Menerusi Program Pencarian Kerja

KOTA BAHARU, 23 Nov (Bernama) -- Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kelantan berjaya menempatkan 4,375 penganggur atau pencari kerja menerusi empat aktiviti dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Pengarahnya Pezman Che Hussin berkata aktiviti yang dijalankan melalui Portal Job Malaysia, Program 3P (Program Penempatan Pekerja); Temuduga Terbuka dan penempatan terus oleh majikan terbabit dan Program 3P Khas Azam Kerja melibatkan golongan miskin.


Jumaat, November 26, 2010

Ingatkan dulu jaga adab diri dan perpaduan ummah ...

Sihat pula di Malaysia? Baca Gelombang Merah sini 

Contohi Semangat Agama Semasa Di Tanah Suci, Kata Nik Aziz

KOTA BAHARU, 23 Nov (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Selasa mengajak umat Islam negara ini mencontohi semangat dan nilai keagamaan sebagaimana diamalkan jemaah haji semasa di tanah suci Mekah.

Katanya, mereka perlu menjadikan agama bukan hanya dalam amalan ibadah sembahyang tetapi dalam dalam segenap segi, sama ada pentadbiran, politik, ekonomi dan sosial.


Khamis, November 25, 2010

Apa dijanji dikota

JHEOA Bina Semula Jambatan Gantung Di Pos Brooke

GUA MUSANG, 21 Nov (Bernama) -- Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Kelantan menyediakan peruntukan RM15,000 bagi membaiki segera jambatan gantung merintangi Sungai Belatop yang runtuh di Pos Brooke Lama, dekat sini, sejak 13 Nov lepas.

Pemangku Pengarah JHEOA Kelantan Abdul Razak Arhad berkata pembaikian itu penting bagi mengelakkan penduduk di tiga kampung termasuk Pos Brooke Lama, Kampung Liak dan Kuala Renggil terus terputus hubungan.

"Kita telah melantik sebuah kontraktor bagi kerja-kerja pembaikkan jambatan gantung itu dan dijangka dapat digunakan semula dalam masa terdekat ini," katanya kepada Bernama semasa melawat jambatan berkenaan pada Ahad.