Memaparkan catatan dengan label Isu Kampong Kesedar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Kampong Kesedar. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 25, 2010

Kerajaan peruntuk RM180 juta bina PPR pertama di Kelantan

GUA MUSANG, 24 Okt (Bernama) -- Kerajaan pusat memperuntukkan RM180 juta untuk membina 1,500 unit rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang, yang dijangka dapat memberi manfaat kepada 10,000 rakyat miskin di kawasan itu.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata projek 18 blok rumah pangsa lima tingkat yang pertama seumpama itu di Kelantan adalah untuk diagih kepada pelbagai kaum golongan berpendapatan rendah dan miskin di kawasan itu.

"Ini merupakan satu rancangan perumahan yang istimewa, bukti jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap masalah rakyat selaras dengan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya.

Sabtu, Oktober 23, 2010

Masaalah tanah Gua Musang

URUSAN TANAH KUASA MUKTAMAD KERAJAAN NEGERI

Gua Musang adalah Jajahan terbesar di Kelantan dan merupakan satu pertiga dari keluasan negeri Kelantan. Sudah pasti tanah merupakan satu kekayaan jajahan ini.

Malangnya rakyat jajahan ini menghadapai masaalah tanah yang meruncingkan disebabkan sikap kerajaan PAS negeri yang gagal mentadbir dengan baik dan mengambil langkah-langkah yang tidak menindas rakyat.

Perlu dijelaskan tanah jatuh di bawah kuasa muktamad kerajaan negeri. Hanya mereka yang berupaya meluluskan sebarang permohonan berkenaan tanah dan paling penting untuk mengeluarkan geran yang menjadi dokumen hakmilik.

Kerajaan negeri seolah-olah tidak mempedulikan langsung permohonan tanah dari penduduk. Sudahlah tidak membantu, mereka pula menyusahkan dan menindas rakyat.


Khamis, Oktober 21, 2010

Kerajaan Negeri halang pembeli duduki rumah

KESEDAR telah membangunkan Kampung KESEDAR di Kampung Cetik, Gua Musang untuk membantu rakyat untuk mempunyai rumah di bawah Program Basmi Kemiskinan.

Projek untuk 142 unit rumah murah dan 150 lot tanah ini melibatkan penduduk-penduduk Kampung Cetek dan juga kampung-kampung berdekatan seperti Kg Mentara dan Kg Lepah Jaya. Rumah-rumah ini sudah siap dibina beberapa tahun yang lepas tetapi masih tidak dapat diduduki oleh pembeli.

Perasaan kecewa pembeli-pembeli yang datang dari keluarga berpendapatan rendah ini amat difahami. Tanpa geran tanah, pihak KESEDAR tidak berupaya untuk membenarkan pembeli menduduki rumah masing-masing.

Ini kerana kuasa mengeluarkan geran tanah terletak pada pihak yang berkuasa dalam hal ehwal tanah. Kuasa muktamad ini terletak pada kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS.