Memaparkan catatan dengan label Kempen - Strategi. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 21, 2010
"Galas bukan masaalah PKR, Itu masaalah PAS" - Anwar
Pakatan yang tidak sepakat. Itulah yang boleh diterjemahkan apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, bersikap lepas tangan terhadap Pilihanraya Kecil DUN Galas.
Ketika sedang hangat diperkatakan, ketika para penyokong parti politik sedang bersiap siaga untuk berentap, Anwar mengeluarkan kenyataan kepada ”anak buah”nya bahawa “Galas bukan masalah kita, itu masalah PAS”!
Itulah sikap “dewa” yang PAS puja selama ini. Itulah reaksi di sebalik tabir PKR terhadap PRK yang bakal berlangsung di Kelantan.
Sabtu, Oktober 16, 2010
PAS termalu di Galas
Mu sumpek Huse hok kuak membohong dan meyamun
Galas ada 6 peti undi orang Asli di Lojing, Belatim, Hau, Bihai, Balar dan Sg. Ber. Untuk PRK Galas, undi mereka penting dan mungkin jadi penentu.
Kerajaan dah sebut siang tak mahu buat projek mi segera. Orang Cina tidak dapatlah mainkan toriak mereka untuk meminta macam-macam tapi tak kasi undi. Nampaknya undi Cina agak likat sikit nak dapat. Tapi undi Cina hanya dalam 2 peti undi.
Undi Melayu boleh kita letak secara conservative di 50:50. Lebih kemungkinan ianya lebih kepada BN dengan Ku Li diberi peranan lebih besar.
Rabu, Oktober 13, 2010
Terlalu awal nilai sokongan pengundi Cina di Galas - Soi Lek
GUA MUSANG 13 Okt. - Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, masih terlalu awal untuk menilai sokongan kaum Cina terhadap parti mana pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas akan datang.
Beliau berkata lebih 2,000 pengundi Cina di kawasan itu kini mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ pendekatan yang diambil oleh parti-parti politik bagi membela nasib mereka.
"Masih awal untuk kita buat penilaian sokongan pengundi Cina ini untuk menyokong parti (mana) yang bertanding tetapi apa pun MCA sudah mula menggerakkan jentera di DUN Galas.
"Sebahagian besar pengundi Cina ini sebenarnya adalah anggota MCA yang juga perlu diberi perhatian pucuk pimpinan bagaimana untuk menyelesaikan masalah mereka,” katanya kepada pemberita selepas bertemu masyarakat Cina di Kawasan Perindustrian Gua Musang di sini, hari ini. - Bernama

Jumaat, Oktober 08, 2010
Kelantan mungkin isytihar cuti peristiwa pada 4 Nov – MB
KOTA BHARU 7 Okt. – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau kemungkinan akan mengisytiharkan cuti peristiwa pada 4 Nov untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Beliau berkata, perkara itu sedang dipertimbangkan disebabkan tarikh tersebut jatuh pada hari Khamis yang merupakan hari bekerja.
Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, hasratnya ialah untuk memudahkan pengundi keluar mengundi terutama bagi penduduk di kawasan terpencil.

Galas tidak semudah disangkakan BN
Segala-galanya bukan semudah yang dijangkakan di Pilihanraya kecil DUN Galas yang bakal berlaku pada 4 November depan.
Walaupun awal-awal lagi diramalkan oleh PAS berikutan keadaan kesihatan bekas ADUN kawasan tersebut, namun apabila ia menjadi kenyataan kelak parti tersebut mahu tak mahu terpaksa mengharungi pelbagai liku dan cabaran. Segala-galanya bukan semudah yang ramai menjangkakan.
BN perlu mencari imbangan yang sesuai di antara berjuang bagi mendapatkan undi orang Melayu yang amat diperlukannya, dan memastikan tindakan mereka itu tidak menjauhkan pengundi bukan Melayu yang lebih jinak dengan Pakatan Rakyat.
Sebagai satu di antara tiga kerusi negeri di bawah kawasan parlimen Gua Musang yang dipegang oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Galas secara amnya dianggap kubu kuat BN. Selain PAS pada 2008, satu-satunya ketika Galas tidak berada di tangan BN ialah pada 1990 dan 1995 - era di mana ianya dikuasai oleh Semangat 46 (sewaktu Ku Li berdiri sebagai pembangkang).

Khamis, Oktober 07, 2010
Tarikh sukarkan pengundi luar
KUALA LUMPUR 6 Okt. – Tarikh pengundian yang jatuh pada hari bekerja bakal menyukarkan para pengundi luar untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka, kata Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.
Justeru katanya, beliau amat berharap agar majikan para pengundi di Galas dapat berkompromi bagi memberi pelepasan untuk mereka menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat di kawasan itu.

Selasa, Oktober 05, 2010
Jentera pilihan raya jangan masuk Galas - Orang Asli
KOTA BHARU 5 Okt. - Masyarakat Orang Asli di Galas menubuhkan pasukan gerak gempur sendiri dan tidak mahu diganggu oleh mana-mana parti politik semasa kempen pilihan raya kecil di situ tidak lama lagi.
Ketua Masyarakat Orang Asli kawasan itu, Pandak a/l Panjang Ey berkata, jentera pilihan raya parti tidak perlu masuk ke kawasan mereka semasa kempen nanti.
"Kami mempunyai jentera gerak gempur sendiri untuk berkempen dalam pilihan raya kali ini," katanya pada majlis ramah mesra dengan pimpinan Pas Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar di sini hari ini.
Pandak berkata, pemimpin-pemimpin masyarakat Orang Asli juga harus diberi peluang untuk berceramah bagi menyuarakan masalah dan aspirasi masyarakat itu pada pilihan raya kecil itu. - Bernama

Isnin, Oktober 04, 2010
Benarkah tiada beban batu digalas?
BIDALAN Melayu iaitu 'tiada beban, batu digalas' bermaksud tiada perkara penting lain hendak dilakukan sehingga perkara yang tidak membawa faedah atau remeh-temeh lebih diutamakan. Namun dalam konteks itu, Kelantan tidak lama lagi akan mengadakan pilihan raya kecil ekoran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan tersebut.
Beban kini terletak pada parti bertanding untuk memenangi hati pengundi. Isu panas semasa yang menyelubungi kerajaan Pas Kelantan dari soal penolakan pelaburan RM4 bilion dari negeri tersebut dan dikatakan bakal mengalir ke negeri Jelapang Padi Kedah dilihat bakal dijadikan modal kempen nombor satu, selain isu royalti minyak yang belum ada jalan damainya.
Isu sub-primanya amat mudah, adakah dengan terlerainya isu royalti minyak tersebut, maka perpaduan Melayu antara Pas dan UMNO akan menjadi kenyataan. Pada pengakhirannya hanya Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am Pas yang boleh memberi kata putus. Maka sesi pertikaman lidah kedua pihak disertai siri fatwa semasa Nik Aziz yang membela rakan sepakat bakal menjadi bahan pembakar kempen di Galas kelak.

Pertikai Ku Li jadi calon, Pas takut berdepan UMNO
KOTA BHARU 3 Okt. - Tindakan Pas mempertikaikan cadangan supaya Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bertanding di Galas menunjukkan parti itu takut berdepan dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil yang bakal diadakan.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Noor Zahidi Omar berkata, BN berhak memilih calon tanpa perlu mendapat pandangan atau kritikan pihak lain lebih-lebih lagi daripada pembangkang.
"Apa rasionalnya Pas mempertikaikan cadangan itu (Tengku Razaleigh jadi calon)? Saya tidak nampak motif sebenar Pas di sebalik reaksi itu melainkan bayangan resah, takut dan bimbang atas kredibiliti Ku Li," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan cadangan menamakan Tengku Razaleigh sebagai calon BN pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sebagai tidak wajar kerana ia merendahkan darjat pemimpin berkenaan.
Cadangan tersebut mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata, BN bersedia mencalonkan Ahli Parlimen Gua Musang itu kerana beliau paling sesuai dan tepat berdasarkan pengalaman dan pengaruhnya di Gua Musang.
Mengulas lanjut, Noor Zahidi berkata, Tengku Razaleigh diyakini mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota Parlimen dan DUN sekiranya dipilih bertanding pada pilihan raya kecil itu.
"Maka, tiada alasan bagi Pas hendak mengeksploitasikan apa- apa idea mengenai cadangan itu," katanya.
Sehubungan itu, Noor Zahidi berharap Tengku Razaleigh yang telah dipilih sebagai Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN tersebut, memikirkan semasak-masaknya cadangan supaya beliau bertanding di Galas.
Utusan Malaysia

Jumaat, Oktober 01, 2010
PAS hanya pandai berjanji
Menurut blog Putra Merdeka, Pejabat Tanah Jajahan Gua Musang sedang menyediakan pelan tanah terkini di Jajahan tersebut terutama di dalam Dewan Undangan Negeri Galas bagi dipersembahkan kepada pihak berkuasa di Kota Bharu.
Pelan tersebut merangkumi status tanah milik persendirian serta milik kerajaan siap dengan status rezab hutan simpan (yang sebenarnya sudah dogondolkan) di Lojing Hulu Kelantan, Rezab Melayu, tanah pertanian dan perindustrian, dan lain lain yang berkaitan.
Ini kerana pihak berkuasa di Kota Bharu akan cuba secepat mungkin untuk menyediakan 'blueprint' bagi pembangunan terancang yang bakal dilaksanakan di DUN Galas.
Langgan:
Catatan (Atom)