Memaparkan catatan dengan label Pemimpin PAS - Husam Musa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemimpin PAS - Husam Musa. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 28, 2010

Kenapa bekalan air di Kelantan tak cukup dan kotor?


Pas perintah Kelantan bermula pada tahun 1990. Pada tahun 1995 mereka mengswastakan perkhidmatan air di Kelantan.

Mereka menubuhkan Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB) yang mana syarikat usahasama Thames Water dari Britain dan Yakin (anak syarikat PKINK). Thames Water memegang 70 % saham dalam KWSB, manakala Yakin 30%.

Sejarah sepenuhnya boleh dibaca di laman KWSB sini.

Setelah beberapa tahun diswastakan, keadaan tetap sama. Tiada perubahan, rakyat tetap menghadapi masalah mendapat bekalan air. Kenapa sudah diswastakan pun masih tak berubah?

Rabu, Oktober 27, 2010

Geran "mi segera" dari Kerajaan PAS Negeri?



Kelantan akan beri 2,000 geran tanah kepada peneroka

GUA MUSANG: Kerajaan negeri Kelantan akan memberi geran hak milik kepada 2,000 peneroka di Rancangan Tanah Felda termasuk di Chiku Satu dan Dua di Gua Musang yang telah menjelaskan hutang masing-masing.

Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata pemberian hak milik kepada individu itu akan disampaikan dalam masa terdekat ini walaupun tanah mereka dalam proses tanam semula.

Rabu, Oktober 20, 2010

PAS merasuah di Felda Ciku

Menyedari PEPERANGAN SENGIT yang bakal mereka hadapi di Galas, Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui oleh PAS telah memulakan LANGKAH RASUAH, sesuatu yang dahulunya mereka sangat benci tetapi sekarang dianggap sebagai PEMBERIAN IKHLAS KERAJAAN NEGERI kepada rakyat.

Kawasan yang dianggap sebagai lubuk undi Barisan Nasional iaitu TANAH RANCANGAN FELDA menjadi tempat PAS menghamburkan dan memakmurkan RASUAH.