Memaparkan catatan dengan label Isu tauke-tauke Cina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu tauke-tauke Cina. Papar semua catatan

Selasa, November 02, 2010

SMS: Betulkah PAS sifar rasuah?


BERITA GEMPAR:
Betul kah PAS sifar dr rasuah?. Apa dah jadi dgn urusan pengondolan tanah di lojing, sapa beri kuasa kpd Dato' Kenneth Tan utk buat ladang rakyat sdgkan ore asli tertindas, apa kaitan Pok Ya Kayo bekas SO GM dgn tauke2 cina hingga dia kayo rayo. Mcm ner pusat hiburan karoake dan jual arak boleh beroperasi di GM sdgkan NEGERI MEMBANGUN BERSAMA ISLAM. Fikirkan la.
Baca kisah PAS sudah sogok duit kepada orang Asli  untuk undi di blog Gelombang Rakyat sini, ugutan terhadap setinggan di blog Anak Seberang di sini, dan sogokan pengundi luar sebanyak RM250 seorang.

Kisah Dato Kenneth Tan dan lain-lain taukeh akan datang.
 
- Galas untuk BN -

Ahad, Oktober 31, 2010

Nik Aziz “berjanji” lagi kepada orang Asli besok?

Menteri Besar Kelantan dan Murshidul Am PAS, Dato Nik Aziz Nikmat dijangka akan melawat kawasan orang Asli, Pos Hendrop di Lojing besok.

Difahamkan Nik Aziz akan mengistiharkan 9,000 ekar tanah untuk digazet dan memberi bonus kepada orang Asli setempat, termasuk 11 orang Asli dari Kampong Bihai.

Ini adalah janji pilihanraya umum 2008 yang masih belum ditunaikan. Tiada lain yang dilakukan oleh Nik Aziz melainkan mengulangi janji lama yang tidak dikotakan lagi.

Sementara menunggu janji pilihanraya ini akan dikota, tanah-tanah orang Asli telah dirampas, diusir keluar dari rumah mereka, dan alam sekitar tercemar untuk kerajaan negeri pajakkan ke taukeh Cina luar jadikan ladang rakyat dan ladang sayur.

Adakah pengistiharan ini tulin atau masih lagi janji-janji kosong? Bolehkah ianya menjadi kenyataan?

Jumaat, Oktober 29, 2010

Pembukaan ladang merancakkan kegiatan pembalakan haram


Beberapa tahun lepas tatakala isu pembalakan haram ditimbul oleh bekas Setiausaha Parlimen Kementeriaan Alam Sekitar, Dato Sazmi Meah, pihak kerajaan PAS negeri mengeluarkan pelbagai macam helah untuk menangkis kenyataan tersebut termasuk melakukan serangan peribadi.

Sepanjang kempen pilihanraya kecil Galas ini, pihak kerajaan negeri hanya membisu tidak menjawab mengenai tuduhan salahguna kuasa dan penindasan terhadap rakyat tempatan khususnya orang-orang Asli berkaitan program Ladang Rakyat dan pajakan tanah kepada penanam sayur tanah tinggi.

Pembisuan ini mempunyai kaitan rapat dengan kegiatan pembalakan haram yang begitu menggiat atas alasan pembukaan Ladang Rakyat dan ladang sayur. Kali ini, mereka tidak memberi helah lagi kerana kesannya dapat dilihat umum.

Walaupun ianya menjadi satu isu besar di PRK Galas, pembalak tidak pedulikan langsung perhatian yang mereka terima. Ini kerana mereka dilindungi oleh ahli-ahli politik PAS dan ahli jemaah exco kerajaan PAS negeri.

Khamis, Oktober 28, 2010

Kisah Ah Ching 'loudspeaker' untuk PAS

Inilah Ng Teck Chong @ Ah Ching. Dia adalah seorang anak muda Kg Baru Gua Musang.

Kerjanya tiap-tiap hari pada sebelah pagi ia-lah bersarapan di kedai restoren abang lan di bandar lama Gua Musang. Berdepan SJKC Gua Musang tempat isterinya mengajar.

Dia akan duduk di situ sampai tengahhari sikit untuk lakukan urusan Bank hariannya di Maybank Gua Musang.

Ah Ching baik dengan Mat Nor Husin, ahli Jawatankuasa Pemuda PAS kawasan Gua Musang. Mat Nor Husin merupakan pakar tempatan dalam strategi memecahbelah UMNO Bahagian Gua Musang.

Isnin, Oktober 25, 2010

Bagaimana seorang Settlement Officer boleh hidup begitu mewah?



Gambar diatas ini adalah banglo mewah milik Zakaria Mustapha, bekas Settlement Officer (SO) Gua Musang yang telah ditukarkan ke Kota Bahru tidak lama dahulu. Selepas beliau bertugas di Kota Bahru beliau ditukarkan ke Kuala Krai pula.

Beliau juga memiliki beberapa buah kereta mewah, antara kereta mewah koleksi beliau adalah Mercedez Benz, Peugot Sport dan Harrier (Lihat di dalam pagar rumah gambar-gambar  di atas)

Berapa gaji seorang SO yang hanya berkelulusan SPM? Bagaimana boleh beliau memiliki rumah mewah dan kereta-kereta mewah ini?