Memaparkan catatan dengan label Isu Tanah - kuasa negeri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Tanah - kuasa negeri. Papar semua catatan

Sabtu, Oktober 30, 2010

Pembalakan dan Ladang Rakyat bimbangkan orang Asli

GUA MUSANG 29 Okt. - Beberapa pemimpin masyarakat Orang Asli di Pos Balar bimbang kehidupan mereka terjejas berikutan tindakan kerajaan Pas Kelantan yang rakus meneroka kawasan berkenaan untuk pembalakan dan mengambil tanah untuk dijadikan sebagai ladang rakyat.

Malah mereka juga tertekan aktiviti-aktiviti yang berterusan dan tidak terkawal itu telah menyebabkan kemusnahan punca pendapatan dan pencemaran air.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pos Balar, Aja Along berkata, penduduk di kawasan Pos Balar yang terdiri daripada lapan buah kampung itu juga tidak boleh membuat sebarang tuntutan atau menuntut bayaran pampasan.

Selasa, Oktober 26, 2010

Kerajaan Negeri menghalau penduduk asal dan berikan Tanah kepada tauke Cina

Pada 2004, sebaik sahaja selesai pru ke 11, seramai 10 keluarga yang menetap di kawasan kampung kepa, kawasan perindustrian gua musang telah memohon melalui arwah Che Hashim bin Sulaima – bekas adun galas untuk mendapatkan hak milik secara kekal.

Che Hashim bin Sulaima pada waktu itu memegang jawatan sebagai YDP PAS kawasan Gua Musang, sebaliknya beliau memaklumkan kepada 10 keluarga berkenaan bahawa tanah berkenaan akan dibangunkan dengan pelbagai projek yang dirancang oleh kerajaan PAS Kelantan.

Peneroka tanah dihalau keluar untuk diganti orang PAS


Di kawasan persempadanan antara Gua Musang dan Kuala Krai ada dua kawasan bernama Sungai Lakit dan Sungai Bayu. Tempatnya tidak jauh dari pintu gerbang yang mengalu-ngalukan pelawat masuk ke Jajahan Gua Musang.

Di dua kawasan ini, seperti juga lain-lain kawasan di Gua Musang, ianya diteroka dan dibuka oleh orang-orang luar. Mereka membuka hutan, membina penempatan, menyediakan prasana asas, dan menjalankan kegiatan cucuk tanam atau buka ladang.

Semua ini dilakukan tanpa geran. Kuasa mengeluarkan geran dan mengesahkan hakmilik tanah terletak apda kerajaan PAS negeri. Maka berlaku penganiayaan dan ketidakadilan atas nama kepartiaan taksub ala PAS.


Sabtu, Oktober 23, 2010

Masaalah tanah Gua Musang

URUSAN TANAH KUASA MUKTAMAD KERAJAAN NEGERI

Gua Musang adalah Jajahan terbesar di Kelantan dan merupakan satu pertiga dari keluasan negeri Kelantan. Sudah pasti tanah merupakan satu kekayaan jajahan ini.

Malangnya rakyat jajahan ini menghadapai masaalah tanah yang meruncingkan disebabkan sikap kerajaan PAS negeri yang gagal mentadbir dengan baik dan mengambil langkah-langkah yang tidak menindas rakyat.

Perlu dijelaskan tanah jatuh di bawah kuasa muktamad kerajaan negeri. Hanya mereka yang berupaya meluluskan sebarang permohonan berkenaan tanah dan paling penting untuk mengeluarkan geran yang menjadi dokumen hakmilik.

Kerajaan negeri seolah-olah tidak mempedulikan langsung permohonan tanah dari penduduk. Sudahlah tidak membantu, mereka pula menyusahkan dan menindas rakyat.


Khamis, Oktober 21, 2010

Kerajaan Negeri halang pembeli duduki rumah

KESEDAR telah membangunkan Kampung KESEDAR di Kampung Cetik, Gua Musang untuk membantu rakyat untuk mempunyai rumah di bawah Program Basmi Kemiskinan.

Projek untuk 142 unit rumah murah dan 150 lot tanah ini melibatkan penduduk-penduduk Kampung Cetek dan juga kampung-kampung berdekatan seperti Kg Mentara dan Kg Lepah Jaya. Rumah-rumah ini sudah siap dibina beberapa tahun yang lepas tetapi masih tidak dapat diduduki oleh pembeli.

Perasaan kecewa pembeli-pembeli yang datang dari keluarga berpendapatan rendah ini amat difahami. Tanpa geran tanah, pihak KESEDAR tidak berupaya untuk membenarkan pembeli menduduki rumah masing-masing.

Ini kerana kuasa mengeluarkan geran tanah terletak pada pihak yang berkuasa dalam hal ehwal tanah. Kuasa muktamad ini terletak pada kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS.