Memaparkan catatan dengan label Tarikh pilihanraya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tarikh pilihanraya. Papar semua catatan

Sabtu, Oktober 16, 2010

Pilihanraya serentak beri tekanan kepada Pembangkang

BACHOK, 16 Okt (Bernama) -- Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan yang diadakan serentak dengan pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah, akan memberi tekanan kepada parti pembangkang dalam membentuk strategi kempennya sepanjang pilihan raya itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata ini juga akan mengurangkan kehadiran penyokong parti pembangkang berbanding jika pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu diadakan berasingan.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi akan diadakan serentak dengan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas iaitu hari penamaan calon pada 26 Okt manakala hari pengundian ialah pada 4 Nov.


Jumaat, Oktober 08, 2010

Kelentong PAS mengenai hari mengundi

SPR menetapkan tarikh PRK Galas pada 4.Nov.2010 iaitu pada hari khamis.

Pas tidak senang dengan tarikh tersebut.

Dua alasan yang mereka berikan
1) Sidang DUN Kelantan sedang berlangsung.

2) Hari bekerja dan semalam Nik Aziz kata dia mungkin akan umum cuti peristiwa pada tarikh itu. Sini

Itu semua tak betul wahai sahabatku sekalian. Ada sebab lain lagi yang mereka marah sangat pada tarikh dan hari itu. Temui jawapan nanti.