Memaparkan catatan dengan label Masaalah Orang Asli. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masaalah Orang Asli. Papar semua catatan

Ahad, Oktober 31, 2010

Nik Aziz “berjanji” lagi kepada orang Asli besok?

Menteri Besar Kelantan dan Murshidul Am PAS, Dato Nik Aziz Nikmat dijangka akan melawat kawasan orang Asli, Pos Hendrop di Lojing besok.

Difahamkan Nik Aziz akan mengistiharkan 9,000 ekar tanah untuk digazet dan memberi bonus kepada orang Asli setempat, termasuk 11 orang Asli dari Kampong Bihai.

Ini adalah janji pilihanraya umum 2008 yang masih belum ditunaikan. Tiada lain yang dilakukan oleh Nik Aziz melainkan mengulangi janji lama yang tidak dikotakan lagi.

Sementara menunggu janji pilihanraya ini akan dikota, tanah-tanah orang Asli telah dirampas, diusir keluar dari rumah mereka, dan alam sekitar tercemar untuk kerajaan negeri pajakkan ke taukeh Cina luar jadikan ladang rakyat dan ladang sayur.

Adakah pengistiharan ini tulin atau masih lagi janji-janji kosong? Bolehkah ianya menjadi kenyataan?

Khamis, Oktober 28, 2010

Husam Musa nak beri orang Asli dua Toyota Hilux 4x4


Untuk apa, Taiping Mali bertanya di sini?

Untuk membawa pengundi keluar mengundi, mencolek pengundi agar tidak keluar mengundi dan membawa mereka makan angin ke tempat lain.

Atau pun untuk membawa sumbangan Pas kepada penduduk asli seperti beras, gula, tepung, minyak dan lain-lain.

Kalau untuk tujuan ini, hanya segelintir orang Asli dapat sumbangan. MAIK hanya kasi sumbangan pada orang Asli yang sokong PAS. Yang tidak sokong PAS atau atas pagar, tengok saja.

Adalah Islam yang berpilih-pilih dalam membantu rakyat miskin yang diajar oleh Rasulullah?

Rabu, Oktober 27, 2010

SMS: Ladang rakyat untuk demo sapu


BERITA GEMPAR:
APA DAH JADI DGN LADANG RAKYAT: Tokey besar S'pore, PPinang, Cameron H. Hasil bumi kelate disapu abis. Puok2 ni la yg dok make hasil kelate. Ore GM plok kena tipu, sbb hok yg dpt RM200 sebule tu ore kuat PAS yang ada dok luar Kelate (kata telus). Mana dia pendirian khalifah nik ajis. Pas adil dan utk rakyat ... fikirkan la.
- Galas untuk BN -

Isnin, Oktober 25, 2010

PAS rasuah dan ugut pengundi Cina



PAS sudah ditemui menabur rasuah dan membuat ugutan terhadap pengundi-pengundi dari kaum Cina di DUN Galas, Gua Musang.

Blog Ohpolitik! telah menjumpai barangan 'goodies' tersangkut di rumah kaum-kaum Cina. Dalamnya berisi, teh Boh 50g, keropok Sira Berlada 80g, Lee Cream Crackers 420g, Munchy's Yosss 105g, dan gula pasir PRAI 1kg.

Bukan setakat itu saja.

Sabtu, Oktober 23, 2010

30,000 hektar tanah rakyat dirampas oleh PAS

Penduduk Orang Asli menunjukkan tanah yang mereka usaha selama ini dirampas kerajaan negeri dan diserah kepada syarikat swasta luar Kelantan untuk ladang rakyat.

Sokongan terhadap PAS diibaratkan 'menang sorak kampung tergadai', apabila ada kepemimpinan parti itu semakin rakus merampas tanah rakyat, membabitkan keluasan lebih 30,000 hektar di Hulu Kelantan sejak memerintah 20 tahun lalu.

Malah, janji Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, untuk membenarkan rakyat meneroka tanah kerajaan bagi tujuan pertanian ketika mula memegang tampuk pemerintahan pada 1990 kerana menganggap tanah itu tanah Tuhan, kini semakin dilupakan.

Timbalan Ketua UMNO bahagian Gua Musang, Datuk Nozula Mat Diah, berkata mengikut laporan diterima setakat ini, sudah berpuluh syarikat luar Kelantan diberi kelulusan membangunkan tanah terbabit dan ada banyak lagi menunggu masa untuk berbuat demikian.

Beliau mendakwa, kebanyakan tanah yang dirampas itu sudah diusahakan rakyat dengan pelbagai tanaman, termasuk di perkampungan Orang Asli tanpa membayar sebarang pampasan.