Memaparkan catatan dengan label PAS berhelah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS berhelah. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 28, 2010

TPM Bidas Fatwa Ikut Suka Pas


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas tindakan Pas yang dianggap beliau terus mengeluarkan 'fatwa' sesuka hati berhubung kerjasama UMNO dengan MCA dalam Barisan Nasional (BN).

Katanya, tindakan menganggap kerjasama UMNO dengan MCA adalah salah tetapi dalam masa yang sama 'menghalalkan' kerjasama Pas dengan DAP, membuktikan pemimpin Pas suka membuat 'fatwa' sesuka hati mengikut kepentingan politik mereka.

''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA," katanya.

Husam Musa nak beri orang Asli dua Toyota Hilux 4x4


Untuk apa, Taiping Mali bertanya di sini?

Untuk membawa pengundi keluar mengundi, mencolek pengundi agar tidak keluar mengundi dan membawa mereka makan angin ke tempat lain.

Atau pun untuk membawa sumbangan Pas kepada penduduk asli seperti beras, gula, tepung, minyak dan lain-lain.

Kalau untuk tujuan ini, hanya segelintir orang Asli dapat sumbangan. MAIK hanya kasi sumbangan pada orang Asli yang sokong PAS. Yang tidak sokong PAS atau atas pagar, tengok saja.

Adalah Islam yang berpilih-pilih dalam membantu rakyat miskin yang diajar oleh Rasulullah?

Rabu, Oktober 27, 2010

SMS: Ladang rakyat untuk demo sapu


BERITA GEMPAR:
APA DAH JADI DGN LADANG RAKYAT: Tokey besar S'pore, PPinang, Cameron H. Hasil bumi kelate disapu abis. Puok2 ni la yg dok make hasil kelate. Ore GM plok kena tipu, sbb hok yg dpt RM200 sebule tu ore kuat PAS yang ada dok luar Kelate (kata telus). Mana dia pendirian khalifah nik ajis. Pas adil dan utk rakyat ... fikirkan la.
- Galas untuk BN -

Geran "mi segera" dari Kerajaan PAS Negeri?



Kelantan akan beri 2,000 geran tanah kepada peneroka

GUA MUSANG: Kerajaan negeri Kelantan akan memberi geran hak milik kepada 2,000 peneroka di Rancangan Tanah Felda termasuk di Chiku Satu dan Dua di Gua Musang yang telah menjelaskan hutang masing-masing.

Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata pemberian hak milik kepada individu itu akan disampaikan dalam masa terdekat ini walaupun tanah mereka dalam proses tanam semula.

Jumaat, Oktober 22, 2010

PKR cuba kaburi penindasan orang Asli oleh PAS


Ahli Parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Baharin Abas cuba membawa usul tergempar bagi membincangkan mengenai kedudukan Orang Asli dalam perlembagaan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Baca laporan sepenuhnya di Free Malaysia Today sini .

Ini hanya usaha Pakatan Rakyat untuk menutup penindasan kerajaan negeri PAS terhadap orang Asli yang bakal memalukan PAS di PRK Galas.Usul tergempar itu hanya alasan yang akan digunakan untuk mengalihkan pandangan dari masaalah sebenar orang Asli.

Adakah mereka benar prihatin terhadap kebajikan rakyat?

UMNO atau PAS yang ada masalah calun di Gua Musang?

Mohd Sayuti Omar menyatakan dalam blognya bahawa PAS tidak menghadapai masaalah dalam menentukan calon.

Untuk menguatkan analisanya, Sayuti menyatakan UMNO yang berhadapan dengan masaalah memilih calon.

Sungguhkah PAS tiada masaalah dalam memilih calun?

Menurut Sayuti, pertikaian mengenai calon berlaku ekoran rancangan Tengku Razaleigh untuk meletakkan orangnya telah dibantah atau kurang disenangi oleh pihak lain.

Jumaat, Oktober 08, 2010

Kelentong PAS mengenai hari mengundi

SPR menetapkan tarikh PRK Galas pada 4.Nov.2010 iaitu pada hari khamis.

Pas tidak senang dengan tarikh tersebut.

Dua alasan yang mereka berikan
1) Sidang DUN Kelantan sedang berlangsung.

2) Hari bekerja dan semalam Nik Aziz kata dia mungkin akan umum cuti peristiwa pada tarikh itu. Sini

Itu semua tak betul wahai sahabatku sekalian. Ada sebab lain lagi yang mereka marah sangat pada tarikh dan hari itu. Temui jawapan nanti.


Jumaat, Oktober 01, 2010

PAS hanya pandai berjanji


Menurut blog Putra Merdeka, Pejabat Tanah Jajahan Gua Musang sedang menyediakan pelan tanah terkini di Jajahan tersebut terutama di dalam Dewan Undangan Negeri Galas bagi dipersembahkan kepada pihak berkuasa di Kota Bharu.

Pelan tersebut merangkumi status tanah milik persendirian serta milik kerajaan siap dengan status rezab hutan simpan (yang sebenarnya sudah dogondolkan) di Lojing Hulu Kelantan, Rezab Melayu, tanah pertanian dan perindustrian, dan lain lain yang berkaitan.

Ini kerana pihak berkuasa di Kota Bharu akan cuba secepat mungkin untuk menyediakan 'blueprint' bagi pembangunan terancang yang bakal dilaksanakan di DUN Galas.


Khamis, September 30, 2010

Pas terdesak pertahan Galas

KOTA BHARU 29 Sept. – Cadangan Pas supaya UMNO tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas menunjukkan sikap tidak ikhlas parti tersebut dalam soal mewujudkan perpaduan.

Ketua Penerangan UMNO negeri, Dali Hussin berkata, cadangan tersebut juga sebenarnya membuktikan Pas terdesak untuk mengekalkan kerusi tersebut tanpa mahu mendapat tentangan daripada UMNO.

Beliau turut mempersoalkan kenapa baru sekarang Pas menunjukkan sokongan kepada perpaduan sedangkan cadangan itu yang sebelum ini dikemukakan oleh pemimpin mereka sendiri telah ditolak mentah-mentah.

“Apabila jatuh soal hak dan kawasan, maka mereka pun gunalah tema perpaduan ini dan minta kita jangan bertanding kononnya sebagai tanda menyokong perpaduan.

“Sedangkan dulu kita mahu bersatu dalam soal yang melangkaui batas politik terutama agama dan bangsa tetapi ditolak mentah-mentah oleh mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dali mengulas cadangan Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang menyarankan UMNO menjadikan pilihan raya kecil itu untuk membuktikan keikhlasannya menyatukan orang Melayu sebagaimana didakwa sebelum ini.