Memaparkan catatan dengan label Isu Tanah - Geran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Tanah - Geran. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 27, 2010

Kesusahan dan ugutan membuat kaum Cina Kg Pulai undi PAS



LADANG GETAH DI KAMPONG PULAI

Disebabkan pergantungan punca pendapatan kepada ladang getah yang mereka teroka tetapi belum lagi diberi geran hakmilik, penduduk Cina Kampong Pulai Gua Musang terpaksa memberi undi kepada PAS.

Kg Pulai ini dikatakan telah diteroka orang-orang Cina suku kaum Hakka. Mereka datang untuk melombong emas di kawasan kampung tersebut.

Semasa zaman penjajahan Jepun, kawasan merupakan kubu penting pergerakan komunis. Kedudukannya yang terpencil dan dikelilingi hutan dengan penduduk Cina yang ramai menjadikan ia kawasan penting bagi komunis menggerakkan kegiatan dan mengembangkan pengaruh mereka.

Kemiskinan yang membuat sebahagian penduduk kampong termakan dakyah komunis semasa itu. Penduduk Cina Kg Pulai bukan peniaga besar atau taukeh-taukeh kaya tetapi kebanyakkan adalah penoreh getah.


Geran "mi segera" dari Kerajaan PAS Negeri?



Kelantan akan beri 2,000 geran tanah kepada peneroka

GUA MUSANG: Kerajaan negeri Kelantan akan memberi geran hak milik kepada 2,000 peneroka di Rancangan Tanah Felda termasuk di Chiku Satu dan Dua di Gua Musang yang telah menjelaskan hutang masing-masing.

Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata pemberian hak milik kepada individu itu akan disampaikan dalam masa terdekat ini walaupun tanah mereka dalam proses tanam semula.

Selasa, Oktober 26, 2010

Janji PAS pada pengundi Cina sudah 10 tahun

Selepas 20 tahun memerintah Kelantan, Pas diakui penduduk Cina Kampung Baru Galas gagal menyelesaikan tuntutan mereka berhubung soal melanjutkan pajakan tanah mereka sejak sekian lama.

Isu ini dibongkar Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong dalam satu tinjauan di kampung berkenaan pagi ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berasa kesal dengan sikap Kerajaan Kelantan yang seolah-olah hanya peka dengan hal ehwal masyarakat Cina Kampung Baru apabila menjelang musim pilihan raya sahaja dengan berjanji akan menyelesaikan masalah berkenaan demi kepentingan penduduk Kampung Baru berkenaan.

Setinggan Kg Cabang 4 Kundor menunggu PAS kota janji


Janji yang diungkirkan oleh Kerajaan PAS Kelantan semasa kempen pilihanraya umum ke 12 kepada penduduk setinggan di Kg Cabang 4 Kundor, Gua Musang masih belum di tunaikan sehingga hari ini.

Kerajaan PAS telah berjanji kepada penduduk tersebut bahawa mereka akan diberikan tanah tapak rumah di Kg Tanah Puteh berhampiran Pej Timbang JPJ jalan Kuala Lipis.

Apa yang jelas, tanah tersebut bukan di agihkan kepada penduduk setinggan yang miskin tetapi dimiliki oleh golongan yang mewah dan kaya.


Peneroka tanah dihalau keluar untuk diganti orang PAS


Di kawasan persempadanan antara Gua Musang dan Kuala Krai ada dua kawasan bernama Sungai Lakit dan Sungai Bayu. Tempatnya tidak jauh dari pintu gerbang yang mengalu-ngalukan pelawat masuk ke Jajahan Gua Musang.

Di dua kawasan ini, seperti juga lain-lain kawasan di Gua Musang, ianya diteroka dan dibuka oleh orang-orang luar. Mereka membuka hutan, membina penempatan, menyediakan prasana asas, dan menjalankan kegiatan cucuk tanam atau buka ladang.

Semua ini dilakukan tanpa geran. Kuasa mengeluarkan geran dan mengesahkan hakmilik tanah terletak apda kerajaan PAS negeri. Maka berlaku penganiayaan dan ketidakadilan atas nama kepartiaan taksub ala PAS.


Isnin, Oktober 25, 2010

Bagaimana seorang Settlement Officer boleh hidup begitu mewah?



Gambar diatas ini adalah banglo mewah milik Zakaria Mustapha, bekas Settlement Officer (SO) Gua Musang yang telah ditukarkan ke Kota Bahru tidak lama dahulu. Selepas beliau bertugas di Kota Bahru beliau ditukarkan ke Kuala Krai pula.

Beliau juga memiliki beberapa buah kereta mewah, antara kereta mewah koleksi beliau adalah Mercedez Benz, Peugot Sport dan Harrier (Lihat di dalam pagar rumah gambar-gambar  di atas)

Berapa gaji seorang SO yang hanya berkelulusan SPM? Bagaimana boleh beliau memiliki rumah mewah dan kereta-kereta mewah ini?


Sabtu, Oktober 23, 2010

30,000 hektar tanah rakyat dirampas oleh PAS

Penduduk Orang Asli menunjukkan tanah yang mereka usaha selama ini dirampas kerajaan negeri dan diserah kepada syarikat swasta luar Kelantan untuk ladang rakyat.

Sokongan terhadap PAS diibaratkan 'menang sorak kampung tergadai', apabila ada kepemimpinan parti itu semakin rakus merampas tanah rakyat, membabitkan keluasan lebih 30,000 hektar di Hulu Kelantan sejak memerintah 20 tahun lalu.

Malah, janji Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, untuk membenarkan rakyat meneroka tanah kerajaan bagi tujuan pertanian ketika mula memegang tampuk pemerintahan pada 1990 kerana menganggap tanah itu tanah Tuhan, kini semakin dilupakan.

Timbalan Ketua UMNO bahagian Gua Musang, Datuk Nozula Mat Diah, berkata mengikut laporan diterima setakat ini, sudah berpuluh syarikat luar Kelantan diberi kelulusan membangunkan tanah terbabit dan ada banyak lagi menunggu masa untuk berbuat demikian.

Beliau mendakwa, kebanyakan tanah yang dirampas itu sudah diusahakan rakyat dengan pelbagai tanaman, termasuk di perkampungan Orang Asli tanpa membayar sebarang pampasan.

Isnin, Oktober 11, 2010

Kemarahan Peneroka ‘Ladang Rakyat’ Antara Isu Di Galas

GUA MUSANG, 11 Okt — Pembukaan “Ladang Rakyat” di Hulu Kelantan dijangka menjadi isu besar untuk ditangani oleh kerajaan PAS negeri Kelantan menjelang pilihan raya kecil Galas 4 Nov ini kerana tanah yang terlibat didakwa diambil daripada penerokanya oleh kerajaan negeri untuk diusahakan oleh swasta.

Malahan isu berkenaan sudahpun menjadi topik utama perbualan di kedai-kedai kopi di sini walaupun penamaan bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan itu adalah pada 26 Okt ini.

Seorang peneroka, Harun Che Anal, 61, berkata tindakan kerajaan negeri mengambil tanah itu dan diberi kepada syarikat swasta luar Kelantan bagi membangunkannya sebagai “Ladang Rakyat” telah menjejaskan masa depan penduduk setempat yang telah mengusahakan pelbagai tanaman di situ lebih dari dua dekad.