Isnin, Oktober 25, 2010

SMS: Mana calon tempatan yang PAS janji?

Berita Gempar:
Pas janji calon anak tempatan Galas. Mana dia kredibiliti PAS dan MB Kelantan sebenarnya telah ada calonnya sendiri walaupun Dr Zul bermasalah. Dah la tak popular tambah lagi cerita khalwatnya. Kalau gitu lebih molek letak calon dr ORE ASLI spt yg Husam janjikan. Kami rasa tertipu. Fikirkan la.
Tidak percaya lihat biodata calon-calon berikut:

Abdul Aziz Yusuf dilahirkan pada 16 Jun 1961 di Kg. Bertam Baru, Gua Musang. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya Roshana Hashim, beliau dikurniakan 4 orang anak iaitu 3 orang perempuan dan 1 orang lelaki.

Dari segi latarbelakang pendidikan, Abdul Aziz memulakan pendidikan rendahnya di SK Bertam, Gua Musang. Pendidikan menengahnya di SMK Jerantut, Pahang dan kemudian masuk ke aliran teknik SMK Teknik Kuantan. Kelulusan tertinggi beliau adalah Sijil Pelajaran Malaysia.

Beliau kini berkhidmat sebagai Pengurus Pejabat Operasi Kesedar di RPT Sg. Terah. Beliau mendapat tiga anugerah kehormat iaitu, Ahli Kelantan, Seri Mahkota Kelantan dan Pingat Pangkuan Negara.

Dalam parti, beliau kini adalah Setiausaha Bahagian UMNO Gua Musang serta merupakan Ketua Cawangan UMNO RPT Limau Kasturi.
--------------------------------------------
Dr. Zulkefli Mohamad merupakan anak kepada seorang pemimpin PAS, Mohamad Awang yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Penerangan PAS Kelantan tahun 1996.

Bapanya juga adalah bekas Adun Guchil, Kuala Krai tahun 1974-1978. Ibunya pula, Ramelah Mat Jusoh.

Dr Zulkefli dilahirkan pada tanggal 16 Januari 1966 bertempat di Guchil 3, Kuala Krai.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai. Kemudian meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra.

Beliau menyambung pengajian di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan tahun 1992.

Pengalamannya sebagai seorang doktor kerajaan di Hospital Taiping, Perak (1992) kemudian berpindah ke Hospital Besar Kota Bharu (1993) dan Pusat Kesihatan Ciku 3 Gua Musang.

Kini membuka klinik sendiri di Ciku 3.


- Galas untuk BN -

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

calon BN tu pun bukan dari kawasan Galas...Pasal pendidikan dia aku xnak sentuk maybe sesape saje boleh jadi calon asal betul2 mendampingi rakyat...masalah calon BN tu baru 8bulan di Galas..selama nie aku xtau arr...Bertam terletak luar DUN Galas...BN ke, PAS ke sume same tipu rakyat lebih...

Panglima Perang Cyber berkata...

bos pinjam artikel tuk blog kawe.tq

mindanelayan berkata...

Iq rendah? ish2.. Hashim2.. yang manek urai tu stakat SRP je cam ne lak tu? hah?

Tanpa Nama berkata...

Penyokong PAS kutuk Calon Lulusan SPM?... Abis masa YB Pas Manek Urai, Abe Aji, Pemborong Ikan tuh tak kecil hati ke?

Tanpa Nama berkata...

IQ rendah bukan ukuran untuk menjadi seorang pemimpin rakyat yang telus dan jujur. Yang penting adalah sejauhmana keikhlasan itu di zahirkan kepada masyarakat. Apabila kita mengerjakan sesuatu perkara itu dengan jujur dan sepenuh hati maka ianya akan membawa hasil yang baik.

p/s "jadi wakil rakyat perlukah ada Ijazah sarjana sains politik???"

Tanpa Nama berkata...

yg penting mesra rakyat...2 lebih utama serta mmpu mmbwa perubahan kearah kesjahtearaan melalui pembangunan dll..

Tanpa Nama berkata...

Pandai belajar tak pandai nak hiduppun, bangang jugak namanya...