Jumaat, Oktober 22, 2010

UMNO atau PAS yang ada masalah calun di Gua Musang?

Mohd Sayuti Omar menyatakan dalam blognya bahawa PAS tidak menghadapai masaalah dalam menentukan calon.

Untuk menguatkan analisanya, Sayuti menyatakan UMNO yang berhadapan dengan masaalah memilih calon.

Sungguhkah PAS tiada masaalah dalam memilih calun?

Menurut Sayuti, pertikaian mengenai calon berlaku ekoran rancangan Tengku Razaleigh untuk meletakkan orangnya telah dibantah atau kurang disenangi oleh pihak lain.

Ketua Wanita, Senator Dato Wan Hazani Mohd Noor dan Ketua Pemuda, Bazlan Baharuddin dikatakan Sayuti sebagai tidak berapa bersetuju angin dengan Tengku Razaleigh dan mendesak mahukan orang mereka diambil.

Manakala bekas Timbalan Ketua Umno Gua Musang dan juga bekas Adun Galas, Saufi Deraman dikatakan tidak sejalan dengan Tengku Razaleigh. Manakala Ketua Pemuda Umno, Bazlan pula selalu kelihatan bersama orang-orang Pas di Gua Musang."

Tambahnya lagi, "Saufi yang mengetahui kelemahan dan kekuatan Umno Gua Musang dikatakan sudah bertukar maklumat dengan bilik Gerakan Pas. Pas sudah mendapat rahsia dan masalah Umno Gua Musang."

Sayuti membuat kesimpulan Umno berhadapan dengan masalah perpaduan dalam menghadapi pilihan raya kecil itu. Dalam masa yang sama, dia tidak dapat mengesahkan kebenaran berita dan perkhabaran yang diterima kerana Umno sedang sibuk dengan Perhimpunan Agung.

PAS diwar-warkan Sayuti sebagai tidak yakin dan turun sebagai underdog. Namun begitu, dia turut berkata, "Pas sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya itu, BN masih lagi terkial-kial."

Siapa sebenarnya yang terkial-kial? PAS atau UMNO?

Setelah nama Dr Zulkefli diumumkan sebagai calon malam tadi, masih lagi kedengaran kekecewaan dari pihak-pihak lain dalam senarai yang tidak tercalon. 

Hussein Awang yang telah menguruskan kawasan sepanjang gering Allahyarham Chek Hashim Sulaima begitu kecewa dan merasa tidak dihargai.

Seorang lagi dalam senarai calun, Abdullah Hussein telah menghantar rombongan berjumpa dengan Nik Aziz menuntut dirinya dicalun.

Manakala Dr Zulkefli sudah timbul kisah-kisah lama yang boleh menjejaskan imej Islam yang ingin dibawanya. Baca kisah tersebut di The Unspinners sini.

Benar atau tidak, wallahu alam.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jangan di kira sangat dengan MSO tu, dia bajet dia je yang betul

zahari1950 berkata...

MSO Bloggers pembangkang "membuat susupan" pagi, petang, siang, malam, menempel diri diruang kalangan bloggers pro UMNO/BN.

susup sana sini tetapi semuanya tergantung.

Tanpa Nama berkata...

MSO ni memangpun bloggers pembangkang,pedulikan analisis lapuk dia tu,fokuskan kepada strategi kita,saudara AZIZ dah pun dicalonkan go on,Insyaallah kemenangan didepan...