Jumaat, Oktober 08, 2010

Kelantan mungkin isytihar cuti peristiwa pada 4 Nov – MB

KOTA BHARU 7 Okt. – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau kemungkinan akan mengisytiharkan cuti peristiwa pada 4 Nov untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Beliau berkata, perkara itu sedang dipertimbangkan disebabkan tarikh tersebut jatuh pada hari Khamis yang merupakan hari bekerja.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, hasratnya ialah untuk memudahkan pengundi keluar mengundi terutama bagi penduduk di kawasan terpencil.


Katanya, beliau juga kesal dengan tarikh itu yang jatuh pada hari bekerja dan sepatutnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berbincang dengan kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan kerana ia membabitkan hari bekerja dan urusan dengan orang ramai.

"Tindakan yang dibuat oleh SPR itu boleh menambahkan lagi kemarahan rakyat terhadap kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Pelancongan di sini, hari ini.

SPR mengumumkan penamaan calon bagi pilihan raya itu akan diadakan pada 26 Oktober, dan jika ada pertandingan pilihan raya ditetapkan pada 4 November. – Bernama

Tiada ulasan: