Rabu, Oktober 13, 2010

Terlalu awal nilai sokongan pengundi Cina di Galas - Soi Lek

GUA MUSANG 13 Okt. - Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, masih terlalu awal untuk menilai sokongan kaum Cina terhadap parti mana pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas akan datang.

Beliau berkata lebih 2,000 pengundi Cina di kawasan itu kini mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ pendekatan yang diambil oleh parti-parti politik bagi membela nasib mereka.

"Masih awal untuk kita buat penilaian sokongan pengundi Cina ini untuk menyokong parti (mana) yang bertanding tetapi apa pun MCA sudah mula menggerakkan jentera di DUN Galas.

"Sebahagian besar pengundi Cina ini sebenarnya adalah anggota MCA yang juga perlu diberi perhatian pucuk pimpinan bagaimana untuk menyelesaikan masalah mereka,” katanya kepada pemberita selepas bertemu masyarakat Cina di Kawasan Perindustrian Gua Musang di sini, hari ini. - Bernama

Tiada ulasan: