Isnin, November 01, 2010

Kekejaman kerajaan negeri (Siri 4)


Tempat: Kampong Lapan Jaya

Terbabit: 300 penduduk kampong yang telah diberi “sijil geran tanah” palsu

Sebelum PRU12, pada tahun 2007, penduduk telah dijanjikan tanah sejumlah 10 ekar seorang, tapak tanah untuk rumah, bayaran RM700 dan penyertaan dalam Ladang Rakyat untuk bonus bulanan RM200 sebulan.

Setiap penduduk diberi sijil pengesahkan oleh Menteri Besar Dato Nik Aziz dalam satu majlis di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi.

Syaratnya adalah supaya undi PAS.

Sehingga kini tiada apa-apa tukar hakmilik tanah kepada penduduk telah berlaku. Rumah yang bakal diduduki mereka selepas PRU 2008 cuma tinggal janji sahaja.

PAS sudah menang 2/3 majoriti, tetapi tanah di Lojing semakin rancak digondolkan oleh syarikat dari Singapura.

Bagi seorang penerima sijil, Encik Rozali Rodin, dia sudah tertipu. Sudahlah dia tidak mendapat apa yang dijanjikan, dia kini mengalami sakit kronik dibahagian perut dan tidak dapat mencari nafkah untuk keluarga.

Wakil rakyat PAS atau wakilnya tidak pun datang berkunjung untuk membantu. Kerajaan PAS negeri melakukan penipuan yang begitu sistematik.

Undi mereka dapat, rakyat macam hampas dibuang!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini ahli PAS yang tiap tiap tahun menunaikan haji & umrah dan mendapat haji mabrur. Baca surah Yasin tiap tiap malam. Sembahyang hajat penuh stadium. Apabila jadi penceramah PAS dah mula membuat fitnah, mencarut, mengkafirkan & memburukan sesama sahabat Islam, membuat pembohongan, membiarkan Islam di hina semata inginkan kuasa politik.

Tanpa Nama berkata...

Salam
mantap bro,

LAMAN WEB DAN BLOG TERKINI PRK PARLIMEN BATU SAPI DAN DUN GALAS
http://malaysiansearch.com