Kuala Betis, Gua Musang
Terbabit: Tanah perkuburan orang Asli
Sudahlah isu hak orang Asli yang terlindung di bawah Akta Orang Asli 136 (1954) tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri, tanah perkuburan mereka di Kuala Betis dirampas kerajaan negeri dan diberikan kepada seorang taukeh Cina untuk dibangunkan ladang kelapa sawit.
Orang Asli telah memprotes dan menuntut janji kerajaan negeri untuk menyelesaikan hak mereka atas tanah orang Asli.
Dato Wan Rahim ada menemui salah seorang pemimpin orang Asli Kuala Betis meminta bantu PAS dalam PRK Galas. Bila dipinta selesaikan dahulu isu-isu tergantung, dia tidak dapat beri keputusan. Hingga sekarang tiada lagi jawapan dari pihak kerajaan negeri.
Mana tidak, mereka mahu menyembunyikan isu tanah orang Asli kerana mereka telah memungkiri janji pilihanraya 1992.
Menurut janji mereka, kerajaan akan membuka ladang kelapa sawit untuk penduduk Kuala Betis saja yang akan mendapat manafaat dan ladang itu menjadi hak milik mereka.
Ladang masih belum menjadi hak milik mereka. Begitu juga nasib orang Asli di Pos-Pos lain dalam DUN Galas.
Kenyataan akhbar oleh wakil orang Asli Gua Musang, Awin Pedik merupakan satu penipuan oleh kerajaan negeri terhadap orang Asli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan