Isnin, November 01, 2010

Kekejaman kerajaan negeri (Siri 5)


Kampong Baka Hilir

Terbabit: Lebih 250 orang penduduk setinggan diugut halau

Kerajaan negeri telah bertemu dengan penduduk kampong mengugut akan merampas tanah yang telah mereka duduki selama berpuluh-puluh tahun jika mereka tidak mengundi PAS.

Majoriti penduduk kampong setinggan ini terdiri orang-orang Melayu. Sepanjang pemerintahan kerajaan negeri yang ada, mereka tidak terbela. Mereka mengeluh nasib yang tidak menentu.

Walaupun mereka sudah mengemukakan dokumen untuk mendapatkan hakmilik tanah secara sah, kerajaan negeri tidak menghiraukan langsung keluhan mereka. Tetapi apabila datang waktu pilihanraya, mereka mengugut.

“Jika PAS kalah di kawasan ini, kerajaan PAS negeri akan merampas tanah penduduk."

Semakin hari, semakin keras ugutan mereka. Kerajaan PAS semakin mirip ugutan kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap orang Melayu yang kini diusir dari rumahd an gerai secara besar-besaran.

Tiada ulasan: