Khamis, Oktober 14, 2010

Helah PAS mengenai Ladang Rakyat

Kalau mereka betul menafikan ada kezaliman dan rampasan hak rakyat dalam hal Ladamnag Rakyat, kami nak tanya kenapa:
Aktivis PAS berjumpa orang Asli memberitahu program Ladang Rakyat adalah program bersama kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan

Jadi kononnya Pak Lebai pembohong yang berbohong menggunakan paraphenalia ugama dan ayat suci serta memalukan Islam nak menghalakan kesalahan ini sebagai kesalahan bersama kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
Selain itu:
Aktivis PAS memberitahu bahwa Akta 134 Orang Asli yang mendefinasi dan mengandungi hak mereka terhadap kawasan yang dipanggil "aboriginal area" telah dimansuhkan.

Sila baca Akta tahun 1954 sini.

Ini taktik pembohong serampang dua mata. Pertama. ia boleh digunakan sebagai alasan untuk mempertanggungjawabkan kepada kerajaan pusat dan BN. Kedua, ia boleh memberi alasan untuk mereka merampas tanah untuk dibangunkan sebagai Ladang rakyat.
Siapa yang mendapat manafaat dari Ladang Rakyat ini?

Petikan dari The Unspinners

Tiada ulasan: