Khamis, Oktober 28, 2010

PAS takut hadapi isu setempat dan masaalah orang Asli

Aziz, calon BN memang mesra dengan masyarakat orang Asli

Semalam TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bersuara mengenai isu pencerobohan tanah orang Asli di Galas

Katanya, ini sangat berkait rapat dengan tanggungjawab kerajaan negeri . Kerajaan PAS Kelantan dilihat tidak memperjuangkan masyarakat Orang Asli yang menghadapi masalah hak milik dan pencerobohan tanah-tanah mereka di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Galas .

Malah menurut TPM, pencerobohan tanah berkenaan turut mengakibatkan pencemaran sungai yang bertukar warna menjadi merah. Sungai merupakan sumber penting bagi kehidupan masyarakat Orang Asli.

Ini menunjukkan Adun PAS sebelum ini dan kerajaan negeri tidak mengambil berat langsung mengenai masalah ini dan tidak mempedulikan kesan aktiviti pembalakan di sini.



Sepanjang PRK Galas ini, PAS berada dalam keadaan tertekan. Ramai pengundi di situ jelas tidak berpuas hati dengan janji-janji yang tidak dikota dan sikap tidak ambil berat wakil rakyat PAS sebelum ini dan  kerajaan negeri.

PAS tidak berani sentuh langsung isu-isu setempat. Mereka seolah-olah sedar akan kegagalan pemimpin mereka menyelesaikan masalah penduduk setempat.


Sebaliknya, kerajaan PAS Kelantan lebih berminat untuk membicarakan isu-isu nasional yang bertujuan mengalih pandangan rakyat daripada membangkitkan perkara yang lebih bermakna dan utama kepada  penduduk di situ.

Petikan dan suntingan dari Pejuang Bangsa

Tiada ulasan: