Khamis, Oktober 28, 2010

Kisah Ah Ching 'loudspeaker' untuk PAS

Inilah Ng Teck Chong @ Ah Ching. Dia adalah seorang anak muda Kg Baru Gua Musang.

Kerjanya tiap-tiap hari pada sebelah pagi ia-lah bersarapan di kedai restoren abang lan di bandar lama Gua Musang. Berdepan SJKC Gua Musang tempat isterinya mengajar.

Dia akan duduk di situ sampai tengahhari sikit untuk lakukan urusan Bank hariannya di Maybank Gua Musang.

Ah Ching baik dengan Mat Nor Husin, ahli Jawatankuasa Pemuda PAS kawasan Gua Musang. Mat Nor Husin merupakan pakar tempatan dalam strategi memecahbelah UMNO Bahagian Gua Musang.


Mat Nor Husin memiliki Pusat Pengumpulan Getah yang beroperasi di Cabang Ladang Subung, Sungai Terah. Ah Ching pun sama dalam perniagaan berkaitan getah. Dia menjalankan Pusat Pengumpulan Pot Getah di Kuala Tuang, Pulai yang baru beroperasi sejak 6 tahun lepas.

Maka mereka satu minat perniagaan yang sama antara Ah Ching dengan Mat Nor.

Persahabatannya dengan Mat Nor telah membantu mendapatkannya tanah di Kg Kepa. Tanahnya bersebelahan tanah Ah Ching sayur yang diberi oleh Allahyarham ADUN Che Hashim dari rampasan tanah peneroka Melayu.


Kedudukan tanahnya ditepi jalan membolehkan ia mencapai nilai hampir RM1.2 juta.
Rumah Ah Ching di Tanah Puteh pun besar. Dia mempunyai kenderaan jenis Toyota Hilux berwarna.


Semua ini keuntungan Ah Ching yang memainkan peranan sebagai ‘loud speaker’ untuk PAS dikalangan pengundi Cina di DUN Galas. Dia dulu mengundi BN di Kg Baru. Isterinya yang pengundi di Kuala Krai pun menyokong BN.

Dengan kemewahan yang dikecapi dari 'rasuah' PAS, dia kini mempengaruhi pengundi Cina tempatan dengan hujah "undi BN apa dapat, undi roti canai boleh dapat tanah.’

1 ulasan:

udanggalah berkata...

Salam ..itulah senarionya tanah melayu bertukar milik.Bukan dijual tapi tergadai demi kuasa...Apakah perjuangan PAS benar-benar Islam seperti dilaungkan oleh pemimipin mereka?