Khamis, Oktober 28, 2010
Kenapa bekalan air di Kelantan tak cukup dan kotor?
Pas perintah Kelantan bermula pada tahun 1990. Pada tahun 1995 mereka mengswastakan perkhidmatan air di Kelantan.
Mereka menubuhkan Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB) yang mana syarikat usahasama Thames Water dari Britain dan Yakin (anak syarikat PKINK). Thames Water memegang 70 % saham dalam KWSB, manakala Yakin 30%.
Sejarah sepenuhnya boleh dibaca di laman KWSB sini.
Setelah beberapa tahun diswastakan, keadaan tetap sama. Tiada perubahan, rakyat tetap menghadapi masalah mendapat bekalan air. Kenapa sudah diswastakan pun masih tak berubah?
Ini kerana wujudnya masalah antara kerajaan negeri dan Thames Water.
Perjanjian itu lebih berat dan menguntungkan Thames Water termasuklah untuk menaikkan tarif air. Itulah yang menyebabkan Kerajaan Kelantan tidak bersetuju.
Inilah contoh "kecerdikan."
Mereka sudah tandatangan perjanjian, selepas itu baru mereka sedar yang perjanjian itu berat sebelah. Kalau sudah tahu berat sebelah janganlah tandatangan dulu. Perinci dulu setiap patah perkataan dalam perjanjian tersebut sebelum tandatangan.
Dari apa yang difahami, ketika itu Nik Aziz berkata dia menandatangan perjanjian tersebut dengan tidak membaca terlebih dahulu isi kandungan perjanjian itu.
Ketika itu dia baru selesai makan nasi. Ada orang hulur dokumen untuk tandatangan, maka dia terus saja tenyeh dokumen itu tanpa meneliti isi kandungannya.
Selepas itu baru dia sedar yang dokumen itu berat berat sebelah. Nasi sudah menjadi bubur, jika dia nak batalkan perjanjian itu maka Kerajaan Kelantan perlu membeli saham Thames Water 70% dengan nilai RM 50 juta.
Selama empat tahun perkara itu berlarutan, maka pada tahun 1999 iaitu beberapa bulan sebelum PRU ke 10 kerana takut mereka menerima kesan teruk dalam PRU tersebut, Kerajaan Kelantan telah membeli saham-saham Thames Water yang bernilai RM50 juta.
RM 50 juta duit melayang kerana kelalaian dan kelemahan seorang MB dari Pas. Mereka terpaksa bayar balik kepada orang asing untuk mendapat harta mereka.
Yang melucukan, semua perkara ini berlaku akibat kelemahan Nik Aziz. Tapi Nik Aziz pula dijulang sebagai seorang hero kononnya berjaya menghalau British keluar.
Seorang exco yang bijak pandai menguruskan ekonomi Kelantan berkata “penstrukturan semula pengurusan air di Kelantan ini mempunyai sejarah besarnya yang tersendiri, Tok Guru (Nik Aziz) berjaya mengusir British untuk kali yang kedua.”
Siapa yang begitu "cerdik" membawa masuk Thames Water ke Kelantan?
Baca tulisan sepenuh tanpa suntingan di RBF
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan