Isnin, Oktober 18, 2010

Kisah Benar! Gobala ceroboh tanah dengan kebenaran Nik Aziz


Kera Di Hutan Disusukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan

Pada tahun 2002, tanah seluas 50 ekar ini asalnya diterokai oleh seorang berbangsa cina berasal dari Pulau Pinang.

Tanah tersebut telah dibuka tanpa kelulusan atau geran daripada pihak berkuasa tempatan (PTG Gua Musang). Tanah tersebut dibuka dan dimajukan berdasarkan undang-undang “suka hati”.

Sekitar tahun 2005, G. Gobalakrishnan telah mula menjalankan usaha untuk merampas tanah tersebut daripada peneroka asal melalui saluran politik tak lain tak bukan Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ekoran itu, tercetus beberapa insiden pergaduhan diantara Gobala dengan peneroka asal sekitar tahun 2006-2008. Gobala telah menggunakan lebih kurang 10 orang samseng peribadinya untuk mengusir keluar peneroka asal tersebut.


Akhirnya, peneroka asal yang membuka serta memajukan tanah tadi terpaksa akur kerana Gobala telah mendapat kebenaran dan surat restu daripada kerajaan negeri Kelantan untuk mengusahakan tanah terbabit.

Sehubungan itu, peneroka asal yang telah berbelanja puluhan ribu untuk membuka tanah baru tadi diusir keluar dari kawasan tersebut tanpa sebarang pampasan daripada Gobala.

Rentetan itu, Gobala telah menggaji Kesavan yang kini ADUN Hutan Melintang, Perak untuk menjaga ladang sayuran yang telah siap dibangunkan tadi.

Setelah Gobala mula bernafas dalam politik ekoran kemenangan kerusi Padang Serai pada tahun 2008, beliau telah menggaji pekerja asing untuk menjalankan kerja-kerja di ladang haram yang dirampas daripada peneroka asal yang hilang entah ke mana?

Dikatakan juga, dahulunya setelah berjaya merampas tanah tersebut, Gobala bersama-sama kroninya Kesavan lah yang mengusahakan ladang haram tadi sebelum pekerja asing digaji. Kini, Gobala hanya duduk goyang kaki menunggu hasil daripada ladang haramnya itu.


Sebelum bergiat dan menang dalam pilihan raya, kereta Hilux penuh tanah dari ladang haramnya lah yang menjadi kuda tunggangnya namun kini kuda tersebut telah bertukar menjadi Mercedez Benz. Dulunya Gobala hampir menjadi peminta sedekah namun telah dikayakan oleh PAS.

Mutakhir ini, Gobala berhasrat untuk menjual ladang haram tersebut kerana telah mengetahui bahawa kerajaan negeri bercadang untuk mengambil semula tanah-tanah di sekitar Lojing untuk dibangunkan.

Oleh itu, berhati-hati lah kepada pembeli-pembeli tanah kerana kebanyakan tanah di sekitar Lojing termasuk ladang sayur kacang bendi Gobala tidak bergeran dan dibangunkan mengikut sistem pentadbiran tanah PAS iaitu sistem “ikut suka hati”.

Hukum itulah yang telah menyebabkan hak tanah Orang Asli sekitar Lojing telah dinafikan oleh pemimpin-pemimpin keparat Pakatan Rakyat terutama Tok Lebai yang rakus.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hok ni ambo tak kisah..ambo buak keje hare ambo punyo pasal sebak ambo buleh cuci doso ambo sendiri hak hak hak