Selasa, Oktober 19, 2010

ADUN PAS belakang syarikat tindas Orang Asli


Oleh Warisan Senoi Praq

Pada tahun 2007 Syarikat Liquid Gold Sdn Bhd telah mendapat geran tanah seluas 60 ekar dan memulakan kerja – kerja membersih kawasan sejak bulan April 2010.

Kawasan tersebut turut melibatkan kebun lama orang asli tempatan seluas hampir 2 ekar, maka syarikat tersebut telah membayar pampasan dan ganti rugi sebanyak RM 23 000 kepada 10 orang asli yang terlibat. Pembayaran dibuat melalui Pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).

Sekumpulan orang asli tersebut bertindak menghalang pekerja Syarikat Liquid Gold Sdn Bhd yang didakwa telah membersihkan kawasan hak milik Syarikat ARENA Sdn Bhd. Tanah milik Syarikat ARENA didakwa melibatkan kebun lama 3 orang asli tempatan yang belum dibayar pampasan atau ganti rugi.


Kejadian berlaku ekoran rasa tidak puas hati di kalangan beberapa orang asli kerana Syarikat Liquid Gold Sdn Bhd menjalankan kerja-kerja membersihkan kawasan di tanah milik Syarikat ARENA Sdn Bhd dan mendakwa bahawa bayaran tersebut dicaj atas pembayaran sebelum ini.

Tanah berkenaan juga turut melibatkan ladang lama orang asli tempatan yang pembayaran pampasan belum dibuat.

Selain itu, cukup menyedihkan apabila tanah yang diteroka turut melibatkan tanah perkuburan nenek moyang orang asli.

Demikianlah kejamnya insan bernama WAN HASSANUDDIN BIN WAN HASSAN – ADUN Semerak yang sanggup mengekploitasi serta menzalimi penduduk orang asli. Beginilah sikap tok lebai-tok lebai berkopiah putih yang rakus mengejar kemewahan setelah kuasa diberikan kepadanya.

Tiada ulasan: