Sabtu, Oktober 23, 2010

Masaalah tanah Gua Musang

URUSAN TANAH KUASA MUKTAMAD KERAJAAN NEGERI

Gua Musang adalah Jajahan terbesar di Kelantan dan merupakan satu pertiga dari keluasan negeri Kelantan. Sudah pasti tanah merupakan satu kekayaan jajahan ini.

Malangnya rakyat jajahan ini menghadapai masaalah tanah yang meruncingkan disebabkan sikap kerajaan PAS negeri yang gagal mentadbir dengan baik dan mengambil langkah-langkah yang tidak menindas rakyat.

Perlu dijelaskan tanah jatuh di bawah kuasa muktamad kerajaan negeri. Hanya mereka yang berupaya meluluskan sebarang permohonan berkenaan tanah dan paling penting untuk mengeluarkan geran yang menjadi dokumen hakmilik.

Kerajaan negeri seolah-olah tidak mempedulikan langsung permohonan tanah dari penduduk. Sudahlah tidak membantu, mereka pula menyusahkan dan menindas rakyat.



Projek kampung KESEDAR untuk rakyat di bawah program Membasmi Kemiskinan sengaja ditahan pengeluaran geran hingga rakyat tidak boleh menduduki rumah masing-masing bertahun-tahun.

Tanah adat orang Asli

Kerajaan negeri merampas tanah-tanah adat orang Asli di Lojing untuk dipajakan kepada orang luar. Orang luar dari Singapura, Pulau Pinang dan Cameron Highland menggondolkan hutan untuk mendapatkan hasil balak dan keuntungan ini diguna untuk bangunkan ladang-ladang sayur.

Kerajaan negeri yang bersekongkol dengan mereka membiarkan pencemaran alam sekitar yang amat dahsyat. Sungai yang airnya dahulu bersih dan jernih kini menjadi kotor hingga orang-orang Asli tiada lagi sumber air bersih.

Sumber-sumber makanan dan mata pencarian dari sungai dan hutan turut sama terjejas. Peladang-peladang sayur tidak pula menawarkan pekerjaan atau gaji yang setimpal untuk kerja yang ditawarkan.

Orang-orang luar ini membangunkan ladang-ladang mengelilingi kampung-kampung orang Asli hingga mereka diusir keluar. Pampasan tidak diberi, permindahan rumah mereka tidak dibantu, dan janji untuk sering tidak dikota. Padahal orang-orang Asli punya hak di bawah Akta Orang Asli 134 (1954).

Kerajaan negeri sepatutnya memberi mereka tanah yang lain bawah program penempatan semula, tetapi malangnya tiada pula sebarang tawaran. Bolehkah mereka tunaikan janji, apabila semua tanah yang boleh bercucuk tanam telah dipajakkan?

Ladang Rakyat

Ada pula tanah rakyat tempatan di rampas juga oleh kerajaan negeri untuk dibangunkan sebagai Ladang Rakyat. Rakyat yang dipilih menjadi peserta mendpaat wang bulanan dividen sebanyak RM200 sebulan.

Tanah ini dibangunkan taukeh Cina dari luar dan mereka mengusahakan tanah-tanah ini selama 100 tahun. Penduduk yang tanah mereka terjejas hanya melihat mereka kehilangan hak di atas tanah cucuk tanam mereka.

Masaalahnya, rakyat yang terjejas dari pengambilan tanah tidak pula dapat menjadi peserta Ladang rakyat yang diberikan “dividen bulanan”.

Rupanya dividen ini diberi kebanyakannya diberikan kepada ahli-ahli parti PAS yang tidak duduk di kawasan yang terlibat. Malah peserta yang mendpaat duit percuma tiap-tiap bulan ini duduk di Kota Baru hingga ke Kuala Lumpur!

Jajahan Gua Musang begitu luas dan banyak tanah tetapi mengapa kerajaan negeri membiar ini terus menjadi masaalah pada rakyat hingga ada penduduknya terjerat kehidupan mereka?

Berikan amaran yang jelas kepada kerajaan negeri dengan tidak mengundi PAS!

1 ulasan:

Gelombang Rakyat berkata...

Salam Perjuangan,

Blog Gelombang Rakyat ingin mengucapkan SYABAS kepada Tuan yang berjaya menghasilkan sebuah blog yan begitu mantap dengan artikel2 yang bernas.

SAMA2 KITA BERGANDING BAHU MEMASTIKAN BN KEMBALI MERAMPAS DUN GALAS DARI GENGGAMAN PAS PIMPINAN NIK AJIS...

SAYA bersama blogger Wangsa Maju juga akan berkampung di GALAS selama 12 hari.

Saya tlh linkkan blog Tuan di dalam blog pilihan di blog saya..


SEKIAN, SALAM KASIH IKHLAS DARI,

Melayu CinDia
Blogger Gelombang Rakyat