Ahad, November 14, 2010

Sungguhkah Kelantan kurang kadar pengangguran?

Kadar pengangguran di Kelantan dicatatkan antara yang terendah seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara 2009. Statistik ini menjadi sumber kebanggaan PAS Kelantan.

Kononnya mereka telah berjaya mengurangkan orang menganggur di negeri itu. Maka bergemalah seluruh blog pembangkang dan portal mereka memuji-muji kebijaksanaan Nik Ajis merencana perkerjaan buat rakyat Kelantan.

Adakah fenomena pengangguran rendah di Kelantan hasil usaha kerajaan negeri mewujudkan peluang pekerjaan atau penganggur itu sendiri telah melakukan migrasi ke luar Kelantan yang sekaligus mengurangkan kuantiti penganggur di negeri itu?

Hakikat sebenarnya jelas berbeza. Kelantan bukanlah sebuah negeri yang kukuh di dalam bidang ekonominya. Peluang ekonomi di sini cukup terhad terutama kepada mereka yang ingin hidup makan gaji.

Isu kekurangan pekerjaan di Kelantan sebenarnya bukan isu baru malah ia sama usianya dengan isu air yang tidak berpenghujung.




Ekonomi di Kelantan hanya dicorak oleh perniagaan dan pertanian. Perniagaannya pula bukan bersifat multinasional malah hanya kecil-kecilan. Jika ada pun yang beroperasi sehingga ke luar negara boleh dikira dengan jari sahaja.

Permintaan pekerjaan di kalangan majikan di sini terlalu sedikit dan seluruh rakyat Malaysia terutamanya rakyat Kelantan sendiri tidak terfikir pun akan mendapatkan pekerjaan di Kelantan.

Orang luar yang bekerja di Kelantan kebanyakkan adalah mereka yang menjawat jawatan di sektor kerajaan dan perguruan.

Oleh kerana itu, ramai pemuda-pemudi dan penganggur di Kelantan berhijrah ke negeri lain bagi mendapatkan pekerjaan. Dalam tempoh mereka berhijrah dan mendapatkan pekerjaan di negeri orang itulah, mereka secara tidak langsung telah meningkatkan kadar pengangguran di sana.

Kesannya kadar pengangguran di Kelantan berkurangan dan kadar pengangguran di negeri lain meningkat.

Bukti yang menunjukkan begitu ramainya anak-anak Kelantan berhijrah ke luar adalah apabila mereka semua pulang ke kampung sewaktu hari raya. Dapat dilihat sendiri berduyun mereka pulang ke kampung halaman dengan kemewahan yang dicari di negeri orang lain.

Di sanalah mereka dahulunya mencipta kadar pengangguran dan di sana jugalah mereka mencari rezeki dan mengumpulkan kekayaan.

Jadi, rakyat jangan tertipu dengan ketidakseimbangan ekonomi ini. Penjelasan yang sebenar perlu dicari sebelum kita menjustifikasi sesuatu keputusan dari statistik tertentu kerana ia pasti terjadi atas berlakunya faktor-faktor tertentu.

Orang yang tersenyum atas rekod itu, pasti masam kembali jika rakyat tahu hal sebenarnya.

Taming Sari

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ramai diantara mereka berkerja di negeri-negeri lain. DI UIA (Selangor)sahaja sudah melambak. Belum lagi dijohor, beberapa ramai lagi yang berkerja di Singapura tetapi menetap di Johor - rumah makcik saya pulak tu.

pencinta kebenaran berkata...

salam..bagus blog ni tp diharap kerja2 pembangunan cepat dilaksanakan..contohnya jambatan gantung orang asli dilaporkan runtuh..sy tgk kt berita tv1 td..so apa lagi mau?? cepat buat kerja..jgn nak buat jambatan tu time2 nak pilihanraya pulak..so tunjukkan mmg BN ikhlas utk rakyat!

aliasomar berkata...

Itulah kebenarannya. Malangnya ramai anak-anak kelantan yang berada di luar kelantan mencari rezeki membawa bersama mereka ideologi dari kelantan untuk disebarkan di negeri-negeri lain. Semangat berpuak-puak mereka sangat kuat walaupun mreka menerima rezeki di negeri-negeri lain. Bagi mereka kelantanlah yang terbaik, negeri-negeri lain tidak setanding dengan kelantan.

eM JaY... berkata...

mohon link blog ambo
www.suaratimur.blogspot.com