Rabu, November 03, 2010

Psyop PAS nak "BOM" pengundi?


Khabar terbaru yang diterima, PAS sudah menyebarkan tuduhan bahawa UMNO akan melakukan 'BOM' kempen pada saat-saat terakhir. "BOM' yang mereka maksudkan adalah tabur duit!

Pada hakikatnya, sebalik yang berlaku. Sumber rahsia yang boleh dipercayai membocorkan maklumat bahawa PAS yang sebenarnya ada rancangan 'BOM' besar-besaran.

Mereka menuduh UMNO melakukan kerja terkutuk ini untuk menakutkan jentera UMNO dari membuat apa saja kempen saat terakhir. 


PAS tidak lagi boleh menafikan mereka lakukan salahlaku rasuah kerana gambar dan video Nik Aziz  'memberi zakat' duit kepada orang-orang asli di Sendrop tersebar di Internet.

Menurut sumber yang sama, PAS kini mewah dengan wang ringgit disebabkan mereka dibantu oleh tauke-tauke balak yang mengaut keuntungan berjuta-juta hasil penarahan bukit di sekitar Lojing.

Awas! PAS semakin terdesak sekarang ini.

Untuk mencapai kemenangan PAS sanggup melakukan apa sahaja. Mereka akan menabur duit sebanyak-banyaknya untuk pastikan kemenangan di Galas. Seramai 16 orang tauke-tauke mengeliling kawasan-kawasan orang Asli dan menemui pengundi Cina untuk merasuah pengundi.

Penggunaan samseng untuk mengugut pun tidak ditolak.

Bagi PAS, kemenangan di sini wajib dicapai dengan apa saja demi maruah parti mereka.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau UMNO bagi duit itu dinama Rasuah
Kalau PAS bagil duit itu dinama Amal Jariah
Kalau ceramah UMNO, Hujan turun itu bala
Kalau ceramah PAS, Hujun turun itu rahmat
Kalau PAS masuk gereja ikut Nabi, UMNO buat kafir
Kalau PAS ada cryno & nepo ikut Nabi, UMNO buat haram
Akan datang, anak kita masuk gereja, ajaran apa itu? Parti Ajaran Sesat (PAS)