Tahun 1959
PAS SALAHGUNA separuh hujung ayat 15 surah Saba' (Baidatun Tayyibatun Warabbun Ghafuur) dalam manifesto PAS Kelantan untuk piiihanraya umum, sebagai umpan memancing undi dengan janji kononnya inilah negeri yang PAS akan bina sebagaimana kehendak ayat 15 surah Saba' dalam manifesto tersebut.
Sebenarnya ayat ini membawa amaran balasan baik kepada orang yang syukur nikmat dan balasan azab bagi orang yang kufur nikmat.
Sayang seribu kali sayang,demi kerana kepentingan pilihanraya sahaja maka pengajaran yang sepatutnya diperolehi daripada ayat-ayat 15, 16 dan 17 surah Saba' ini tidak bermakna apa-apa.
Dewan Ulamak PAS Kelantan SEMBUNYI FAKTA sejarah Nabi s.a.w. kongsi kuasa di Madinah dan maksud asal ayat 28 surah al-Imran lalu memutuskan hukum bersifat fatwa bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir.
Ayat 28 Surah al-Imran disalah tafsir dengan membaca separuh awal sahaja hujungnya tidak dibaca. Sejarah Nabi s.a.w. mengikat janji bekerjasama dengan kafir Yahudi memerintah Madinah dahulu terus disembunyikan.
Keputusan hukum yang bersifat Fatwa karut ini boleh dilihat dalam kertas putih kerajaan Malaysia mengenai ancaman keselamatan bertarikh 08 Nov 1984 muka surat 8. Urutannya akan dihuraikan selepas ini nanti
Dewan Ulamak, PAS Kelantan dalam perjumpaan mereka di pondok Pasir Tumbuh, Kelantan sebaik-baik PAS dipecat daripada BN, sekali lagi membawa hukum berbentuk fatwa "Orang UMNO menjadi kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah".
Ayat 44, 45 dan 47 surah al-Maaidah diberikan makna lahir ayat dan bercanggah dengan tafsiran Ahlus Sunnah wal-Jamaah yang mengaitkannya dengan sebab ingkar barulah menjadi kafir. Sebaliknya jikalau tidak punya kemampuan maka dimaafkan.
Peristiwa ini diceritakan sendiri oleh Tuan Guru Haji Mohd. Noor Ab. Majid, Selising (Salah seorang ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak, PAS Kelantan). Beliau sendiri terpaksa keluar daripada PAS apabila pandangan bantahannya pada Majlis tersebut tidak diterima.
Yang lebih jelek lagi ialah hukum kafir itu hanya untuk UMNO. Walaupun PAS bersama memerintah dengan UMNO dalam Kerajaan Campuran Kelantan (1973) dan Kerajaan BN seluruh negara (1974-1977), hukum kafir itu tidak terkena pula ke atas PAS.
Sekarang PAS telah memerintah Kelantan dan Terengganu juga sama-sama tidak melaksanakan sebagaimana yang PAS desak supaya UMNO membuatnya dahulu.
Disini jelaslah menunjukkan bahawa cara pelaksanaan Islam yang dilakukan oleh UMNO dan BN sudah betul mengikut tahap kemampuan seperti yang dituntut oleh Allah s.w.t. PAS selewengkan hukum dan buat fitnah.
YB. Haji Abdul Hadi Awang SALAH TAFSIR maksud ayat 251 surah al Baqarah dengan kata, Dan jikalau Tuhan tidak menjadikan manusia ini bergaduh, bermusuh, berkelahi nescaya akan rosaklah muka bumi.
Ayat cerita Nabi Daud S.A.W. bersama tentera Thalut yang berjaya membunuh Jalut telah ditukar tafsirannya menjadi hukum HARUS BERMUSUH.
Pengajaran yang terkandung dalam ayat-ayat 249 (Dalam peperangan, berbagai tipu muslihat musuh mesti diawasi) hingga ayat 252 surah al-Baqarah (Yang menegaskankan bahawa inilah cerita) itu tidak pula diperjelaskan.
Pengikut PAS menjadi berani bermusuh kerana ada hukum yang difahami mereka sebagai fatwa "Tuhan Mahu Kita Bergaduh" itu. Ucapan asal YB. Haji Abd. Hadi ini ada dalam kaset rakaman audio.
7 April 1981
YB Haji Abdul Hadi Awang MENCIPTA HUKUM yang paling konroversi dan kemudian dicetak menjadi AMANAT HAJI HADI. Maksud hukum itu ialah "LAWAN UMNO/BN MATI SYAHID".
Akibatnya sangat besar sehingga membawa kepada Sembahyang Dua Imam dalam masjid yang sama di Kampung Gong Pasir, Besut, Terengganu (Jun-Julai 1982) dan sembahyang Jumaat dua se kampung berjumlah 39 buah qariah seluruh negeri Terengganu, berlarutan hingga akhir tahun sekarang.
Tiga tahun kemudian hilang 18 jiwa dalam Peristiwa Berdarah Memali, Baling Kedah 19 Nov 1985. Urutannya akan dihuraikan khusus selepas ini
Dalam AMANAT Haji Hadi itu juga terdapat para akhir satu HUKUM CIPTAAN lagi seperti fatwa iaitu "Kita boieh menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku". ATAU isu ini disebut juga dengan nama SEKULAR.
Penyelewengannya ialah konsep memisahkan agama daripada politik itu tidak diperjelaskan. Buku lslam & Politik, kajian Dewan Ulamak PAS Pusat (Sept., 1980) ada menerangkan konsep memisahkan agama dengan politik (Muka surat 19 dan 23) iaitu negara yang punya ketua agama dan politik berlainan orang.
Mengapakah buku Islam & Politik itu tidak diedarkan lagi selepas sekali edar ketika perbicaraan kes fatwa Allayarham Tuan Guru Haji Mustafa di Kampung Raja, Besut tempohari?
Jelas di dalamnya menyebut konsep memisahkan agama dengan politik ialah agama di bawah seorang ketua lain dan politik pentadbiran negara keseluruhannya di bawah ketua yang lain pula. Konsep inilah disembunyikan.
Berdasarkan konsep sekular ini maka Malaysia tidak boleh menjadi negara memisahkan agama dengan politik kerana mengikut perlembagaan negara Malaysia sendiri, sudah menetapkan agama dan politik terletak dibawah kuasa raja yang sama iaitu seorang ketua sahaja bagi kedua-duanya iaitu agama dan politik tidak terpisah sama sekaii.
Perlembagaan tubuh UMNO juga tidak memisahkan agama iaitu jelas tersurat dalam fasal 3 "Mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara". Kemudian diperkukuhkan lagi dengan fasal 3.3 "Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam..."
Mengenai kata-kata "Pisah agama dengan politik" atau sebaliknya itu pula membawa maksud "Pisahkan parti politik, khususnya PAS itu dengan agama" dan bukannya politik SIASATUL-MUDUN yang sememangnya satu daripada cabang kecil atau ranting Islam di bawah ibadat am.
Namun begitu ada ketikanya politik siasatul-mudun juga mesti dipisahkan dalam perjuangan agama dimana umat Islam tidak punya kuasa memerintah negara. Walau bagaimana pun yang timbul di Malaysia ialah politik PARTI ciptaan manusia untuk pilihanraya. Inilah yang mesti dipisahkan dengan agama demi mengelakkan salah faham berlakunya dua FITNAH ini
Fitnah pertama yang timbul ialah salah faham bahawa PAS yang bukan agama itu akan disangka iaitu PAS Islam dan Islam itulah PAS.
lnilah realiti yang sedang bercelaru dalam masyarakat Islam Malaysia sekarang. Orang awam tidak dapat membezakan antara parti PAS dengan agama Islam terutama selagi PAS terus menggunakan nama Islam pada partinya.
PAS adalah ciptaan manusia, ditubuhkan untuk berebut kerusi dalam pilihanraya walaupun tidak mampu memerintah negara (Parlimen). Agama Islam ciptaan Allah dan tidak terikat dengan kehendak se masa semata-mata.
Agama Islam adalah ad-Din iaitu "Barang yang diturunkan (syariat) dari Allah, melalui lidah para nabi Nya mengandungi segala hukum". Islam adalah panduan cara hidup yang berterusan tanpa mengira keadaan di mana berada serta kepentingan sesiapa dan semasa. Islam sesuai pula pada sebilang ketika.
Fitnah kedua yang lebih berat akan timbul dan sudah pun ada berlaku sekarang ialah kepada orang fanatik menyokong PAS dengan cara yang melulu membuat anggapan bahawa semua orang atau kumpulan lain di luar PAS adalah tidak Islam.
Agama Islam sama sekali tidak boleh menjadi parti kerana parti itu adalah puak yang berbeza-beza dan bermusuhan antara puak itu dilarang oleh Islam.
Islam adalah mengandungi rumpun umat yang satu (Ummatan Waahidah) tanpa mengira lokasi dan ideologi. Maka puak parti itulah yang dikatakan pisah agama dengan politik.
Tahun 1982
Timbul lagi satu fatwa "Perjuangan Kebangsaan Melayu UMNO adalah Asobiyyah dan Nabi S.A.W. tidak mengaku umat".
Hukum ini dibuat menerusi SALAH TAFSIR hadis Nabi S.A.W. riwayat Abu Daud sedang tafsiran yang diberikan olehnya itu bercanggah dengan konsep Asobiyyah yang disebut dalam hadis jawapan nabi S.A.W. kepada pertanyaan sahabat baginda dan bercanggah pula dengan terjemahan kamus 'al-Munjid'.
Huraian lanjut mengenai Asobiyyah akan diberikan kemudian melalui rencana khas pada siri yang lain. Disini sudah cukuplah untuk menafikan Asobiyyah itu dengan penjelasan yang diberi melalui beberapa lampiran perbandingan LOGIKA.
lngat! Jangan tolak kenyataan, kerana ianya salah satu sifat Asobiyyah iaitu "Menolak realiti apabila jelas timbulnya bukti".
Makin hari semakin banyak kekeliruan hukum agama yang dibawa oleh pimpinan PAS terutama Mursyidul Am PAS sendiri yang juga Menteri Besar PAS Kelantan Antara lain Berita Minggu 24 April 1994 melaporkan YAB. Datuk Haji Nik Ab. Aziz berkata:
"Saya kata haram bagi mereka yang menentang cara pemerintahan Islam itu kerana ada terkandung dalam al-Quran dan hadis. Dan bagi mereka yang mempertikainya akan menerima balasan di akhirat"Samada benar atau pun tidak hukum yang diberikan itu, orang awam yang mendengarnya sudah tentu membuat kesimpulan mudah bahawa haram menentang PAS kerana PAS mendakwa dialah pemerintahan cara Islam atau PAS sahaja yang memperjuangkan Islam atau selalu juga kedengaran kata-kata bahawa PAS sahaja jamaah Islam.
Pada realitinya di Malaysia banyak lagi kumpulan jamaah Islam terutama yang dikenali sebagai kumpulan dakwah. Banyak juga parti-parti politik lain vang memperjuangkan Islam seperti BERJASA, HAMIM dan termasuklah UMNO cuma PAS berbeza pada nama dan iklan.
Dari segi hakikat yang tersurat dan realiti pada amalan, PAS tidak ada bezanya dengan parti-parti lain kerana memerintah negeri mengikut Perlembagaan negara yang sama.
Orang awam yang tidak tahu hakikatnya sangat mudah terpedaya dengan nama dan slogan PAS. Sedarkanlah kepada semua bahawa PAS dan parti-parti lain semuanya sama tunduk akur kepada perlembagaan negara Malaysia belaka.
Untuk PAS, lihat sahaja perlembagaan tubuhnya fasal 6(11) mencatit semua kegiatan dan tindakan PAS tertakluk kepada perlembagaan negara juga.
Tahun 1995
Begitulah seterusnya dengan berbagai pendapat lain yang dianggap hukum berbentuk fatwa oleh para pengikut PAS seperti kata-kata Datuk Nik Aziz "Calon UMNO diibaratkan lawan Nabi Muhammad" dalam Utusan Malaysia 15 April 1995.
Dalam akhbar bahasa Inggeris New Straits Times 08 April 1995 pula melaporkan Nik Aziz kata,"Mengumpat dibenarkan bagi meluahkan dendam yang membara" yang kemudiannya mendapat tentangan hebat daripada banyak pihak sebagaimana yang dilaporkan besoknya oleh Akhbar Berita Minggu 09 April 1995.
YAB Perdana Menteri pula pernah mencabar Datuk Nik Abd Aziz supaya menunjukkan bukti manakah ayat al-Quran yang membenarkan orang Islam mencarut kerana sebelum ini YAB. Datuk Haji Nik Abd Aziz pernah berkata "Tuhan juga mencarut".
Laporan Utusan Malaysia 20 Julai 1999 itu tidak berjawab hingga sekarang.
Tidakkah semua ini membuktikan bahawa perkara mengeluarkan hukum-hukum yang bercanggah dengan ajaran Islam adalah menjadi lumrah amalan pimpinan PAS?
Sama ada nak kata fatwakah, nak kata pendapatkah atau hukumkah terpulang, namun natijahnya akan diterima pakai oleh pengikut PAS sebagai fatwa Tok Guru mereka dan bagi mereka apa jua yang Tok Guru mereka kata adalah betul belaka, waliyazu biliah.
Inilah PAS sebenar, semuanya betul tapi ibarat ketam mengajar anak berjalan, akhirnya ketam pun jalan senget juga.
RENUNG-RENUNGKAN LAH
- Akhir -
* Dipetik dari blog Badut Rakyat dan versi bervideo di blog Sungguhka
1 ulasan:
kemah puok2 kito.jgn lupa link ambo blog kelate jugak.steady...
Mj
Catat Ulasan