Khamis, November 25, 2010

Apa dijanji dikota

JHEOA Bina Semula Jambatan Gantung Di Pos Brooke

GUA MUSANG, 21 Nov (Bernama) -- Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Kelantan menyediakan peruntukan RM15,000 bagi membaiki segera jambatan gantung merintangi Sungai Belatop yang runtuh di Pos Brooke Lama, dekat sini, sejak 13 Nov lepas.

Pemangku Pengarah JHEOA Kelantan Abdul Razak Arhad berkata pembaikian itu penting bagi mengelakkan penduduk di tiga kampung termasuk Pos Brooke Lama, Kampung Liak dan Kuala Renggil terus terputus hubungan.

"Kita telah melantik sebuah kontraktor bagi kerja-kerja pembaikkan jambatan gantung itu dan dijangka dapat digunakan semula dalam masa terdekat ini," katanya kepada Bernama semasa melawat jambatan berkenaan pada Ahad.


Jambatan gantung itu runtuh akibat dirempuh batang balak yang dihanyutkan arus sungai deras semasa hujan lebat pukul 11 malam 13 Nov lepas hingga menyebabkan penduduk Orang Asli di kampung terbabit terpaksa mengharungi sungai untuk ke Pos Brooke.

Abdul Razak berkata sebuah lagi jambatan buluh yang dibina penduduk Orang Asli menghubungkan Kampung Liak dengan Kuala Renggil turut dihanyutkan arus sungai.

Beliau berkata pihaknya bercadang membina sebuah jambatan gantung untuk mengatasi masalah penduduk kampung terbabit tetapi masih dalam peringkat penentuan harga.

"Kita telah berbincang dengan penduduk kampung dan mereka amat memerlukan jambatan yang lebih selesa. Oleh itu, kita akan berusaha untuk membinanya tidak lama lagi.

"Masalah perhubungan bagi penduduk Orang Asli di pedalaman Gua Musang semakin kritikal di musim tengkujuh sekarang kerana bukan sahaja jambatan yang terdedah dengan kerosakan tetapi jalan berselut," katanya.

Beliau berkata setakat ini pihaknya berjaya menyelesaikan beberapa masalah termasuk membina jambatan konkrit ke Pos Balar yang dianggap perjalanan paling mencabar.

2 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Tahniah.... janji BN tetap di kota walau pun PAS yang menjadi kerajaan di Kelantan yang hanya tahu kaut untung tebang balak je....

Wake UP! berkata...

Jika berjanji haruslah dikota, barulah rakyat percaya.