Rabu, November 10, 2010

PAS salahkan orang Asli punca kekalahan di Galas

Pilihan raya kecil Galas sudah pun berakhir. Calon Barisan Nasional (BN),  Abdul Aziz Yusoff menang dengan mendapat 5,324 undi, manakala calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed memperolehi 4,134 undi.
BN mendapat majoriti sebanyak 1,190 undi. Dan peratusan keluar mengundi sebanyak 83 peratus.
Bagi menutup aib dan malu, Pas awal-awal lagi menyalahkan Orang Asli sebagai punca kekalahan mereka di situ.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan yang juga Adun Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun berkata kepada Harakah, penglibatan secara langsung agensi kerajaan dengan mengawal sepenuhnya masyarakat Orang Asli menyebabkan mereka tidak berani memberi sokongan kepada calon Pas.
Alasan Fatah ini secara tidak langsung meletakkan punca kekalahan Pas di Galas kepada bahu Orang Asli
Bagi saya, inilah alasan yang agak bodoh yang pernah dilontarkan oleh Pas sejak penubuhan parti berkenaan.
Pas kena sedar, mereka tidak pernah mengambil peduli masalah Orang Asli sebab itu masyarakat itu sukar untuk memberikan sokongan kepada parti tersebut.
Kehadiran Nik Aziz kononnya untuk memberi ‘zakat’ sudah terlambat.
Orang Asli mungkin mundur dari segi ekonomi dan pelajaran, tetapi mereka tidak pernah ‘mundur’ dalam membezakan apa yang betul dan apa yang salah.
Mereka tidak pernah ‘mundur’ dalam membezakan apa yang hak dan apa yang batil
Mereka tidak pernah ‘mundur’ dalam membezakan apa itu keikhlasan dan apa itu sogokan.
Ini berbeza dengan kerajaan BN yang sentiasa konsisten dalam membantu masyarakat Orang Asli, baik pada waktu pilihanraya mahupun tidak.
BN selama ini telah melakukan macam-macam rancangan dan strategi untuk memajukan masyarakat Orang Asli
Melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), kerajaan BN telah melaksanakan projek-projek ekonomi yang berdaya maju terutamanya berasaskan tanah yang boleh menjana pendapatan dan peluang pekerjaan.
Kerajaan BN juga telah membangunkan kemudahan-kemudahan asas secara cost-effective dengan mengumpul dan menyusun semula kampung-kampung Orang Asli di kawasan-kawasan pinggiran.
Mereka telah menyerapkan kampung-kampung Orang Asli di kawasan pinggiran ke dalam masyarakat kampung atau bandar yang berdekatan.
Kerajaan BN juga agresif dalam mempergiatkan program pendidikan, latihan dan pembangunan minda dikalangan kanak-kanak, remaja dan belia Orang Asli sebagai persediaan untuk keluar dari kebergantungan kepada ekonomi asas tanah.
Mereka mengekalkan bantuan kebajikan dan subsidi kepada ahli-ahli masyarakat dalam kumpulan termiskin untuk membolehkan mereka menyahut program-program sosioekonomi yang dirancangkan.
Pas kena ingat, zaman sudah berubah, begitu juga pemikiran Orang Asli.
Berbanding generasi terdahulu yang begitu selesa dengan kehidupan tradisi di kampung, generasi muda Orang Asli lebih terbuka dengan arus pembangunan.
Belia Orang Asli sudah bergaul dengan belia Melayu dan bersekolah di bawah satu bumbung.
Belia Orang Asli sekarang juga mendapat banyak kemudahan, bukan sahaja peluang belajar tetapi juga peluang keusahawanan.
Dengan kemaraan pembangunan dalam tempoh 15 hingga 20 tahun lepas, kampung Orang Asli tidak lagi terpinggir, ada yang sudah jadi kawasan bandar, pinggir bandar atau bersebelahan dengan kampung Melayu.
Ini yang kerajaan Pas gagal lakukan.
Jadi tidak hairanlah mengapa Orang Asli menolak kehadiran Pas di Galas.
Sekurang-kurangnya Pas kena bersyukur kerana masyarakat Orang Asli di Galas tidak menyumpit mereka dengan panah beracun
Maaf Pas, alasan kekalahan anda kali ini cukup bodoh, cukup sengal dan cukup meloyakan, sukar diterima oleh masyarakat.
Terus terang, Tok Batin pun lagi pandai bercakap daripada korang dan pandai bagi tazkirah kepada calon PAS. 

Tiada ulasan: