Selasa, November 02, 2010

Nik Aziz serah lagi sijil palsu!


Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Dato Nik Aziz Nik Mat melawat Pos Sendrop, Lojing Isnin semalam seperti yang dijadualkan. Majlis terlewat selama dua jam untuk menunggu cukup kehadhiran.

Bagaimana pun, pengistiharan tanah untuk 9,000 ekar tanah untuk digazet dan bonus kepada orang Asli yang diharapkan tidak pula menjadi kenyataan.

Pengarah Pilihanraya PAS, Dato Wan Rahim Abdullah hanya mengumumkan Menteri Besar bersetuju untuk menyediakan tanah seluas 100 ekar sebagai penempatan berkelompok tanah pos Sendrop.

Menurutnya, tanah itu akan dirizab, diwarta dan digazetkan sebagai tanah untuk orang Asli yang mengikut Undang-Undang Tanah Negeri dan Kanun Tanah Negara. Bagi fasa pertama ini, ia akan melibatkan 61 keluarga untuk ditempatkan ke Petak A dan 13 keluarga ke Petak B.


Dalam majlis itu juga, Dato Nik Aziz juga telah menyampaikan sijil pengiktirafan kepada kesemua 74 keluarga.

Namun begitu, pengumuman ini masih menimbulkan tandatanya kerana kuasa meluluskan tanah untuk dirizab, diwarta, dan digazet terletak pada mesyuarat exco kerajaan negeri.


Ianya bukan boleh dianggap sebagai rasmi dengan hanya di sokong oleh Menteri Besar.Dengan demikian, sijil pengiktirafan (gambar di atas) yang diberikan oleh Dato Nik Aziz tidak merupakan surat tawaran rasmi dari pihak kerajaan.


Ianya menyerupai sijil palsu penyertaan dalam Ladang Rakyat (gambar atas) yang telah didedahkan berlaku di Kampung Lepan Jaya yang telah diberikan oleh Dato Nik Aziz pada tahun 2007.

Adakah ini tipu helah yang sama dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap penduduk Kampung Lepan Jaya kepada penduduk orang Asli Pos Sendrop?

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

stakat sijil mcm tu aku pun bleh buat..... koyakkan aje la dpn muka nik aziz..tuu...

Tanpa Nama berkata...

N.ajis ni serupa macam perangai Anwar apa depa kata dan berjanji semuanya tipu hidup-hidup..

janji tipu dulu sudah menang lain kira dan halalkan cara.

Singh Is Kinng berkata...

Memang patut kena koyak pun ... HO HO HO

Tanpa Nama berkata...

terus kencing dan kencing lagi....takkbbeeeerr 3x sambil lobai2 hanguk2

Tanpa Nama berkata...

biasa la brader. islam pas ni seme palsu2 belaka

Tanpa Nama berkata...

Nak saman kat mahkamah guna sijil tu pun tak laku, Kapal Tunda akan gelak sampai kena cirit dan kena denggi kali kedua...

Heran, sijil yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri tak semace..tak dok cop seal kerajaan negeri, lepas tu lain kawasan lain pulak sijilnye.. Anak kawe pun boleh print..

Kah..kah...