Selasa, November 02, 2010

Nik Aziz perlu jelaskan sijil Ladang Rakyat palsu


GUA MUSANG 1 Nov – Puteri UMNO mencabar Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat berhubung pembohongan dan penipuan yang dilakukan apabila Pas kerana sanggup memberi sijil watikah pemberian tanah tipu kepada penduduk Gua Musang ketika pilihan raya 2008 lalu.

Exco Puteri UMNO Malaysia, Mas Emieyati Samsudin berkata pemimpin Pas terutamanya Nik Aziz dan Timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob memberikan penjelasan berhubung perkara itu dan jangan mendiamkan diri atau menuduh UMNO sengaja mereka-reka cerita.

“Nk Aziz dan timbalannya perlu jawab perkara ini, kerana mereka berdua terbabit dalam penipuan itu. Perkara ini bukannya direka oleh UMNO tetapi didedahkan sendiri oleh mangsa sendiri , apa alasan yang ingin diberikan oleh Pas mengenai perkara ini.

“Saya pasti Pas akan cuba mengalihkan topik ini dengan pelbagai alasan bagi menutup penipuan yang dilakukan oleh pemimpin mereka itu yang kononya sering hanya bercakap mengenai Islam dan menuduh orang lain kafir,” katannya kepada umno-online.

Semalam umno online mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh Pas berhubung pemberian lot tanah kepada penduduk Gua Musang pada pilihan raya 2008 dalam usaha mereka untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi.

Dalam laporan itu, seramai 300 penduduk Gua Musang menjadi mangsa penipuan Pas apabila mereka diberikan sehelai kertas yang dikatakan sijil kononnya sebagai watikah penerimaan lot tanah yang akan diberi kerajaan negeri jika terus memerintah Kelantan bagi membantu penduduk miskin.


Mangsa penipuan, Rozali Rodin, 38, berkata sijil itu disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat kepada penduduk terbabit dalam satu majlis yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi pada tahun 2007 lalu dan ditanda tangani oleh Timbalannya Datuk Ahmad Yaacob.

Mas Emieyanti berkata, di manakah perjuangan Pas selama ini yang mengatakan mereka adalah parti memperjuangkan Islam, apakah dengan menipu rakyat ia tidak menjadi kesalahan kepada mereka.

“Inilah Pas yang sebenarnya, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka terus mendapat sokongan termasuk menipu rakyat, mereka sebenarnya berada dalam keadaan terdesak.

“Kita tidak tahu apa lagi yang akan Pas lakukan lagi di Galas ini, menjelang hari pengundian Khamis ini, apa lagi penipuan dan pembohongan yang nak mereka buat kepada pengundi Galas, seperti kita tahu mereka ini sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan survival politik,” katanya.

Menurutnya, kini sudah terserlah bahawa Pas ini adalah sebuah parti putar belit bukan sahaja memanupulasi apa sahaja untuk kepentingan mereka, malah sanggup menipu dan membohongi rakyat termasuk di kalangan pemimpin mereka yang kononnya bertaraf ulamak. - MediaUMNO.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nampaknya bohong itu makanan para ulama akhir zaman..nik aziz dengan mat sabu sama jah ...