Isnin, Oktober 11, 2010

Kerajaan Pusat tak bantu Kelantan?

Sinar Harian 10.Oktober.2010

Semalam Sinar Harian melaporkan kenyataan yang dibuat oleh Nik Aziz. Katanya kerajaan pembangkang bukan musuh dan dia mendakwa kerajaan pusat tolak pelbagai projek pembangunan di Kelantan.

Dia berkata sehingga kini kerajaan pusat menafikan 118 projek pembangunan di Kelantan. Masyallah wahai sahabatku sekalian. Yang 118 dia pertikai, yang beribu projek sudah dibuat dia tidak ucap terima kasih pun.

Sahabatku sekalian, sekadar kamu mahu membaca kenyataan tersebut bolehlah kamu baca, tetapi untuk percaya jangan sama sekali.

Kerajaan pusat tidak pernah mengabaikan Kelantan wahai sahabatku sekalian. Daripada sekecil projek membuat pagar kubur sehinggalah sebesar-besar projek membuat jambatan empat lorong dan jalan bertingkat, semuanya kerajaan pusat lakukan demi rakyat Kelantan.

Tan Sri Anuar Musa pernah berkata dulu, jika kerajaan pusat tidak tolong sudah lama rakyat Kelantan jadi lempeng.

Sahabatku sekalian, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam pernah mempertikaikan peruntukan yang diberikan kepada negeri Kelantan melebihi dari apa yang Melaka dapat, sedangkan rakyat Kelantan tidak pernah memberi mandat kepada BN sejak 20 tahun yang lepas. Manakala Melaka yang sentiasa memberi keputusan pilihanraya yang baik kepada BN mendapat peruntukan yang lebih kecil.

Tetapi oleh kerana kerajaan pusat lebih memandang dan memikirkan rakyat berbanding dengan politik maka mereka beri juga peruntukan yang banyak kepada Kelantan walaupun ianya diperintah oleh Pas.

Jika Nik Aziz kata kerajaan pusat menafikan peruntukan kepada Kelantan ianya dusta semata-mata. Setiap tahun ada sahaja sekolah, klinik, jalan raya ,jambatan, longkang atau apa-apa sahaja yang baru dibina di Kelantan.

Sebagai contoh, sekarang ini projek pembinaan jambatan baru empat lorong dan jalan bertingkat sedang dibina yang menghubungkan Kota Bharu dan Tumpat untuk mengatasi kesesakan teruk jambatan lama yang hanya dua lorong dan ini boleh melambatkan pemimpin Pas sampai ke tempat ceramah. Sudah begitu sekali orang bagi pun masih nak menipu lagi. Dasar munafik !

Sahabatku sekalian, bukan sahaja projek besar-besar yang dibuat di Kelantan, projek kecil pun sentiasa berterusan. Saya pernah lihat di satu kampung, pagar kubur pun kerajaan pusat lagi. Pasar pun kerajaan pusat bina. Lihat di sini.

Lihat sahaja dalam kes air, kerajaan pusat pernah memberi pinjaman mudah sebanyak RM 600 juta kepada Kelantan, tetapi sehingga ke hari ini pun masalah air di Kelantan belum selesai lagi. Siapa yang menafikan hak rakyat sekarang ? Siapa yang gagal jalankan tanggungjawab ? Kerajaan BN atau Kerajaan Pas ?

Jika RM 600 juta pun gagal diuruskan dengan baik, lagi nak minta duit royalti minyak berbilion-bilion ke ? Andailah ditakdirkan mereka dapat duit berbilion-bilion itu, saya rasa mereka bahagi-bahagikan "satu untuk kau, dua untuk aku" , dua untuk kau, tiga untuk aku", "tiga untuk tok guru, empat untuk tok gAru", akhirnya rakyat makan angin keluar asap. Yang kaya mereka dan kroni-kroni mereka.

Sahabatku sekalian, saya nak beritahu anda. Yang gagal membangunkan Kelantan adalah kerajaan negeri, bukannya kerajaan pusat. Tahun ini sudah masuk 20 tahun Pas perintah Kelantan, tiada satu pun yang dibangunkan oleh Pas untuk kepentingan rakyat. Kemudian Nik Aziz kata banyak perubahan yang dibuat olehnya di Kelantan. Perubahan apa Pok Nik ? Nak ubah dari kotor kepada bersih pun tak mampu buat. Lihat di sini. Nak lihat syiar Islam yang dibawa oleh Pas sepanjang 19 tahun di Kelantan sila lihat di sini

Masjid - sebiji pun mereka tak pernah bina, semuanya hasil duit orang ramai. Pasar di setiap daerah- semuanya hasil peninggalan BN 20 tahun lebih yang lampau. Balai Islam- peninggalan BN. Kota Darulnaim dan pejabat-pejabat daerah- peninggalan BN. Stesen bas di bandar Kota Bharu pun dia tak mampu nak bina. Sesiapa yang nak tengok stesen bas yang dibina oleh kerajaan Pas, sila ke stesen bas ekspress berhampiran Tesco. Macam stesen bas tahun 70an.

Di negeri Kelantan, masalah rumah banyak dihadapi rakyat yang tinggal di Kota Bharu. Semenjak Pas perintah sehingga kini tiada satu perumahan yang dibina untuk rakyat berpendapatan rendah di Kota Bharu. Sebaliknya mereka lebih ghairah jual tanah kepada orang luar untuk dibina dengan rumah-rumah mewah.

Di zaman pemerintahan BN pada tahun 80 an, mereka sedaya upaya menolong rakyat yang berpendapatan rendah dengan membina rumah-rumah pangsa di Kota Bharu. Antaranya ialah rumah pangsa Jalan Bayam, Kg Sireh dan Buluh Kubu serta perumahan kos rendah di besar-besaran di Padang Tembak Pengkalan Chepa.

BN memerintah Kelantan selama 12 tahun (1978 -1990) pelbagai kemudahan yang dapat mereka berikan kepada rakyat dan kakitangan kerajaan. Tetapi nak buat macamana, jodoh BN tak panjang di Kelantan, jika tidak sudah tentu Kelantan sehebat Melaka sekarang. Semuanya kerana rakyat Kelantan memilih jalan pintas untuk ke syurga dengan memilih Pas.

Di negeri Kelantan semuanya ada, tinggal lagi kepada kecerdikan pemerintah untuk memajukannya. Pantai cantik di Kelantan, tanah subur di Kelantan, makanan sedap di Kelantan, seni budaya, sumber alam dan sebagainya. Pendek kata di Kelantan semuanya ada.

Saya pernah beritahu kepada seorang rakan, Kelantan kalau dapat kepada Ali Rustam aku yakin ianya akan menjadi sebuah negeri yang hebat dan destinasi pelancongan dunia. Dalam dunia ini mana ada negara yang ada beruk panjat pokok kelapa ? Ianya bermula di Kelantan dan hanya ada di Kelantan. Itu pun sudah boleh dijadikan produk pelancongan. Dalam dunia ini mana ada orang boleh lukis batik pakai tangan dan hasilnya seperti menggunakan mesin ? Hanya ada di Kelantan. Dalam dunia ini mana ada orang boleh buat wau bulan dengan begitu cantik sekali ? Hanya ada di Kelantan.

Sungai Kelantan yang airnya bagaikan air susu sekarang, jika dibangunkan dengan sempurna ianya boleh menjadi sebagai satu produk pelancongan yang menarik sepertimana Sungai Nil di Mesir.

Ambil sahaja contoh Sungai Melaka, dulu kotornya yang amat sangat. Sekarang apa sudah jadi ? Semuanya kerana kekreatifan seseorang pemimpin. Di Kelantan mereka ada juga seorang exco yang kreatif, tetapi kreatif apa ? Kreatif kira duit royalti minyak berbilion-bilion dan kreatif nak hantar tok-tok guru pergi berdoa di Mekah.

Cukup setakat itu pasal kegagalan Pas di Kelantan. Kalau nak tulis empat hari empat malam pun tak habis. Sekarang saya nak balik kepada kisah Nik Aziz seorang munafik.

Dalam Sinar Harian semalam Nik Aziz kata seperti dibawah.

"Lapangan terbang pula baru sekarang kita mendapat yang baru, terlalu lambat kerana kita membuat permohonan sejak hampir 20 tahun lalu" 
- rujuk tulisan yang dikuningkan dalam keratan akhbar di atas yang dilaporkan oleh media kesayangan Pas iaitu Sinar Harian, bukannya Utusan Malaysia.

Munafik!

Nik Aziz seorang yang munafik. Saya ada asas yang kukuh untuk melabelkan Nik Aziz seorang munafik. Ini kerana dia telah berdusta.

Pas perintah Kelantan dari 1990 hingga sekarang 2010. Ini bermakna sudah 20 tahun. Dia kata baru sekarang Kelantan dapat lapangan terbang baru setelah memohon 20 tahun lalu.

Dasar munafik punya pemimpin. Saya bagi bukti kenapa dia layak dipanggil munafik.

Pas mula perintah pada 1990. Upacara pecah tanah untuk membina terminal lapangan terbang baru diadakan pada 22.julai.1999 dan upacara tersebut dilakukan oleh PM pada ketika itu Tun Dr M. Lihat di sini

Selesai sudah upacara pecah tanah, maka bermulalah pula upacara pecah otak di kalangan jurutera-jurutera dan upacara pecah peluh di kalangan pekerja-pekerja binaan. Kerja-kerja pembinaan pun bermula dan akhirnya terminal itu siap pada tahun 2002 dan mula digunakan pada bulan September 2002. Lihat di sini

Selepas ianya digunakan lebih kurang dua tahun dan tidak ada sebarang masalah pada bangunan itu maka pada tahun 2004 iaitu pada 12.April.2004 KDYMM Al-Sultan Kelantan pada masa itu Tuanku Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah mencemar duli berangkat merasmikan terminal baru lapangan terbang tersebut. Lihat di sini

Ini bermakna daripada Pas mula memerintah Kelantan pada 1990 ianya mengambil masa seperti berikut untuk kerja-kerja pembinaan tersebut.
9 tahun - dari mula Pas perintah sehingga ke kerja pecah tanah.

12 tahun - dari mula Pas perintah sehingga ke terminal baru tersebut boleh digunakan.

14 tahun - dari mula Pas perintah sehingga terminal dirasmikan.
Nik Aziz kata baru sekarang kita dapat sejak hampir 20 tahun memohon. Itulah buktinya Nik Aziz seorang yang munafik. Dia sendiri entah berapa ratus kali sudah gunakan lapangan terbang tersebut semenjak ianya siap pada 2002 hingga kini, kemudian dia boleh kata kita baru dapat. Sedangkan lapan tahun lalu mereka telah dapat

Inilah yang dikatakan oleh orang tua-tua, dapat dosa kering. Benda depan mata pun dia sanggup menipu semata-mata kerana dendam dan bencinya dia kepada BN.

Petikan dari blog Ruang Bicara Faisal. Sila baca tulisan sepenuhnya di sini.

Tiada ulasan: