Jumaat, Oktober 15, 2010

Kerajaan PAS enggan kerjasama projek Agropolitan

"Inilah sikap sebenar kerajaan Pas Kelantan, kita hendak buat projek agropolitan yang boleh memberi manfaat kepada 4,000 penduduk miskin tegar di kawasan Gua Musang pun mereka tidak mahu beri kerjasama, tetapi wang premium sebanyak RM24.3 juta yang dibayar empat tahun lalu diambil.

Apa jenis mainan politik ini, tak kan kerajaan Pusat melalui Kesedar mahu melaksanakan projek pembangunan untuk kebaikan rakyat pun tidak boleh dibantu, ini janji 2006 lagi, duit dah dapat tapi geran tidak mahu beri.

Kita tidak tahu apa alasan Kerajaan Pas Kelantan dan bagi saya, sepatutnya tiada alasan untuk kerajaan negeri menolak pembangunan ini kerana ia bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat tetapi pada masa yang sama, turut menyumbang kepada kemajuan kawasan Gua Musang," - Shafie Apdal
DR1221

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dah berpuluh tahun ku li duk gua musang,,