Khamis, Oktober 21, 2010

Kerajaan Negeri halang pembeli duduki rumah

KESEDAR telah membangunkan Kampung KESEDAR di Kampung Cetik, Gua Musang untuk membantu rakyat untuk mempunyai rumah di bawah Program Basmi Kemiskinan.

Projek untuk 142 unit rumah murah dan 150 lot tanah ini melibatkan penduduk-penduduk Kampung Cetek dan juga kampung-kampung berdekatan seperti Kg Mentara dan Kg Lepah Jaya. Rumah-rumah ini sudah siap dibina beberapa tahun yang lepas tetapi masih tidak dapat diduduki oleh pembeli.

Perasaan kecewa pembeli-pembeli yang datang dari keluarga berpendapatan rendah ini amat difahami. Tanpa geran tanah, pihak KESEDAR tidak berupaya untuk membenarkan pembeli menduduki rumah masing-masing.

Ini kerana kuasa mengeluarkan geran tanah terletak pada pihak yang berkuasa dalam hal ehwal tanah. Kuasa muktamad ini terletak pada kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS.

Semua projek perumahan dalam negeri Kelantan, tanpa kira pihak mana yang membangunkan, wajib melalui proses terakhir untuk mendapatkan kelulusan jemaah exco kerajaan negeri sebelum pihak pejabat tanah boleh mengeluarkan geran.

Jika penduduki memasuki rumah tanpa geran, pihak kerajaan negeri boleh mengambil tindakan. Pernah berlaku dimana kerajaan negeri bertindak mengusir penduduk-penduduk keluar dan rumah-rumah dirobohkan sewenang-wenang.

Pada pilihanraya umum 2008, sebahagian penduduk Kg Cetek menyalahkan kelewatan memasuki rumah ini kepada kerajaan Barisan Nasional (BN). Ini dipercayai menyumbang kepada penurunan undi Melayu kepada BN di Galas.

Itu adalah hak pengundi untuk menyuarakan kekecewaan mereka dan ianya perlu diterima dengan hati terbuka.

Namun ingin diperjelaskan bahawa pihak KESEDAR telah cuba mengusahakan penyelesaian. Mereka sedia memenuhi apa saja syarat yang mahu dikenakan oleh pihak kerajaan negeri. Hinggakan ada syarat yang lebih berupa kepentingan parti dari mengutamakan kepentingan rakyat.

Kesal sekali, kerajaan negeri berdolak dalih dan masih terus bersikap degil enggan menyelesaikan masaalah rakyat yang tertunggak lama. Kuasa muktamad untuk meluluskan dan mengeluarkan geran tanah terletak pada kerajaan PAS negeri. Mereka penyebab yang berakhir dengan rakyat teraniaya.

Bagi pilihanraya kecil Galas bagi 2010 ini, rakyat yang terjejas harus menggunakan kuasa mengundi mereka untuk memberi amaran yang jelas kepada kerajaan negeri.

Hanya dengan kekalahan calun mereka, baru mahu mereka boleh disedarkan bahawa tindakan mereka mengutamakan percaturan kepartiaan PAS dari kebajikan rakyat adalah satu penindasan terhadap rakyat yang tidak berdosa.

Rakyat tidak patut jadi mangsa permainan politik.

3 ulasan:

Semut Hitam berkata...

Insya Allah.
Mohon dimasukkan blog Semut dalam senarai saudara sekali.

Dot berkata...

salam tuan,

kalau benda ni bn/umno buat dah tentu jadi kutukan puak2 pas. akan ada yg kata kerajaan zalimla, taghutla, kejamla...

tapi bila puak2 pas buat adala justifikasinya walaupun bertentangan dgn ajaran Islam!

tunggula sikit hari lagi. adalah jurucakap mrk akan umumkan mengapa...adala tuu...

Tanpa Nama berkata...

harga rumah tue brp rm?