Ahad, Oktober 24, 2010

Abdul Azis Yusof, Calon BN Di DUN Galas


KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Barisan Nasional menamakan Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang Abdul Aziz Yusof, 47, sebagai calonnya untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas pada 4 Nov depan.

Berikut laporan Agendadaily:

Rasmi spekulasi kemungkinan Tengku Razaleigh Hamzah sendiri jadi calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Galas di Gua Musang Kelantan meleset.Sebaliknya orang kepercayaan beliau yakni Setiausaha UMNO Gua Musang, Abdul Aziz Yusoff, 47,diumumkan sebagai calon.

Pengumuman calon itu dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin pada satu majlis di Gua Musang.Hadir sama Tengku Razaleigh dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Mustapha Mohamad.

PAS sebelum ini menamakan Dr Zulkifli Mohamad,44 sebagai calon parti itu dalam pihanraya kecil ini.

Aziz merupakan anak kelahiran Kampong Bertam Gua Musang dan pernah berkhidmat sebagai Pengurus Operasi KESEDAR.

Beliau merupakan Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan PPRT Limau Kasturi.

Aziz juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Belia 4 B Gua Musang dan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian sehingga tahun 2005.

Ayah kepada empat org anak ini berkahwin dengan Roshana Hashim.- 24/10/2010

2 ulasan:

anak tok guru berkata...

Tolonglah jangan hina PAS. Bukankah PAS itu penunjuk jalan umat untuk ke syurga? Aku memang amat pasti pasal ni sama dengan orang PAS yang lain.

Cuma setakat tunjuk jalan ajelah. Sudah tentu akan ada yang sesat jalan, sebab orang PAS pun ramai yang takkan ke syurga sebab jadi penyesat orang..he..he..

KUTU BABI berkata...

PAS DAH SAMPAI TAHAP PENETRASI SBB TU DAH MAKIN MENGARUT PEMIMPINNYA