Rabu, Februari 16, 2011

Menantu Nik Aziz pensyarah UMK

Ketika kerajaan pusat mahu mendirikan sebuah Universiti di Kelantan, pelbagai kritikan dan fitnah dilemparkan oleh pihak PAS dan pelbagai dikerenah sengaja dibuat oleh kerajaan PAS Kelantan untuk menggagalkan usah murni ini.


Tidak beberapa tahun selepas kerajaan pusat memulakan Universiti Malaysia Kelantan pada tahun 2006 di kampus sementara di Pengkalan Chepa, rupanya anak dan menantu Menteri Besar Dato Nik Aziz Nik Mat bekerja dengan Universiti yang mahu mereka gagalkan dahulu.

Anak menantu Nik Aziz bernama Nik Yusri bin Muda, umur 42 tahun adalah pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan. Nik Yusri mengahwini anak Nik Aziz bernama Nik Adilah.

Nik Adilah baru berpindah mengajar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Aman sejak 17 Jan 2011 lalu. Sebelum ini, dia mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama di SS 20/21, Petaling Jaya.

Baik suaminya, Nik Yusri mahupun Nik Adilah sendiri, kedua suami isteri beranak enam ini bergantung mata pencarian dengan kerajaan pusat.

Alangkah munafiknya Nik Aziz.

Ketika kerajaan pusat sedang sibuk mencari tapak tanah untuk membina Universiti, kerajaan negeri tidak membantu malahan memberi banyak kerenah. Asalnya mahu dibina di Bachok tapi tidak mendapat tanah dan kelulusan yang diperlukan.

Apabila sudah siap beroperasi selama beberapa tahun dan dipercayai sudah mengeluarkan kumpulan graduian pertama, anak dan menantu Nik Aziz pula yang sibuk mahu pulang ke Kota Baru dan kerja di UMK.

Universiti ini kini beroperasi di kampus sementara di Pengkalan Chepa dan akan membuka kampus utama di Jeli. Kampus-kampus satelit akan dibina di merata tempat di Kelantan untuk membawa pembangunan di kawasan luar bandar.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perangai Org kelantan memang macam tuu... x tahu dek untung !

Tanpa Nama berkata...

time gaji..beratur kt ATM..time bonus org kelantan lah berduyun2..kata nya itu Hok Rakyat..pahtu tikam dr belakang kerajaan yg bagi diorg ni makan... mmg muka x malu org kelantan niiee

Tanpa Nama berkata...

ingatkah lagi syarikat china dijemput utk melombong emas kelantan, dan kerajaan negeri hanya dpt sedikit shj hasil darinya?


minta blogger kelantan bongkar juga mengenai isu pencemaran logam berat di China akibat perlombongan emas yg tak terkawal di sana.

dahla hasil, org luar sedut, jaminan alam sekitar kelantan macamana? ini blh jadi isu serius kerana melibatkan rakyat kelantan.. tokey2 china, dah cukup time, balik china..

Mohd berkata...

Inilah muka2 yg tak tahu malu!
PAS for all!
Membangun bersama Isle!
Melayu mudah lupa.
PAS mungkin sedang atau sudah menyusup masukkan ahli2 PAS ke dlm UMK, supaya senang utk PAS bermaharajalela!

Tanpa Nama berkata...

UMK belum mengeluarkan graduan. Pelajar batch pertama UMK sekarang di semester 8, semester terakhir.

Dot berkata...

takpo blako kalu alek dio.

buatla apapun kerana mereka puak2 pas ni sudah mendapat restu & keampunan melalui tok guru @ mursyidotdotdot mrk...kerja dgn kerajaan yg mrk tuduh zalim, pun tak apa. kerja dgn kerajaan yg mrk tuduh kuat rasuah, mendapat punca rezeki haram, pun takpa...

mrk akan justifikasikan bermacam2 cara menghalalkan apa yg mrk dah haram kan...begitulah adanya