Selasa, November 02, 2010

Sumbangan RM250 kepada pengundi luar adalah sogokan


Akibat ketandusan isu, PAS mula menabur wang “rasuah”, atau dalam bahasa PAS ianya disebut sebagai “wang sumbangan” atau “sedekah”!

Pada pengundi luar di Galas, sila berjumpa Datuk Wan Rahim (Penasihat Jentera PRK DUN Galas) dari kem PAS untuk mendapatkan “habuan” masing-masing. Kalau anda pengundi dari dalam Galas pun, mengaku sajalah bahawa anda dari Kuala Lumpur, mana tahu ada “rezeki”.

Siapa nak beri RM200-RM250 secara percuma?!

Penulis difahamkan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berkata bahawa “habuan itu merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi”.


Dalam ertikata umum, PAS terang-terang rasuah pengundi!

Bukan itu saja, parti “Isle” begitu tidak malu untuk mempertahankan pula amalan rasuah itu!

Teruk betul PAS sekarang. Demi kuasa politik, PAS sanggup merasuah rakyat!

Bayangkan pula apa akan terjadi bila sudah berkuasa kelak, tentu lebih teruk sindrom “rasuah” di dalam PAS ini. Silap-silap, mahu meminta borang permohonan kad pengenalan pun terpaksa merasuah di kaunter!

Wan Rahim dengan bangganya mempertahankan pemberian wang kepada pengundi DUN Galas yang pulang dari perantauan untuk mengundi. Malah dia mendakwa itu adalah amalan kebiasaan PAS dalam PRK yang diamalkan sejak dari dulu lagi!

Oh! Rupanya sudah lama PAS mengamalkan rasuah. Padanlah tak pernah berkat perjuangannya…

Selama ini PAS hanya berlakon kepada rakyat. Kononnya PAS memerangi rasuah dan anti-korup. PAS bagaikan “suci” dari rasuah!

Malah tidak pernah lekang dari mulut mereka memfitnah bahawa UMNO/BN melakukan rasuah. Nah! Kali ini terbukti PAS sendiri mengaku mengamalkan rasuah! “Kantoi” lagi …

Penulis akui, UMNO/BN ada melakukan aktiviti rasuah. Namun, UMNO/BN begitu komited membersihkan amalan kotor itu dari parti ini.

Pemecatan Anwar dari UMNO adalah contoh terbaik dengan menyingkirkan “bapa rasuah UMNO” ini dari terus merosakkan parti keramat ini. Yang tinggal hanyalah saki baki penuntut Anwar.

Kini “bapa rasuah” itu telah bersekongkol dengan PAS. Maka bertambah rancaklah amalan keji itu dalam PAS dan PKR. PKR sendiri terbukti huru-hara dengan rasuah dalam pemilihannya kali ini. Dan PAS pula terbukti pada PRK DUN Galas.

Penulis berharap agar rakyat di Galas dan umumnya seluruh Malaysia akan “celik” dan dapat menilai ”warna sebenar” PAS, PKR dan DAP!

MyKMU

Tiada ulasan: