GUA MUSANG, 31 Okt (Bernama) -- Ketua Wanita parti Gerakan Datuk Tan Lian Hoe melahirkan kekeliruannya berhubung tindakan Pas yang menghalalkan kutukan terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN), sedangkan perbuatan itu bercanggah dengan ajaran agama Islam.
Beliau berkata sikap pembangkang itu bukan sahaja mengelirukan orang Islam malah mereka yang bukan Islam berhubung pegangan parti berkenaan selain mencemar kesucian agama tersebut.
Katanya, ketika berceramah pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, pembangkang dilihat sibuk mengutuk pemimpin BN, walhal pada masa yang sama, mereka sentiasa mengungkap perkataan "dosa" dan "pahala".
"Mereka cakap tidak serupa bikin kerana bila bercakap pasal dosa, mereka lebih pandai dari kita, tetapi dalam ceramah, mereka kutuk kita, itu bukan dosakah?," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini Ahad.
Tan mengulas tindakan pemimpin Pas, yang dianggap berada dalam keadaan terdesak dan ketandusan isu, apabila mengingkari janji parti itu sebelum ini untuk tidak menyerang peribadi lawan, termasuk anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
Penasihat jentera pilihan raya PAS bagi DUN Galas Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah telah mendakwa Tengku Razaleigh sebagai punca dalam masalah hak milik tanah yang membelenggu masyarakat orang Asli.
1 ulasan:
Lian Hoe perlu faham, mereka itu ada tahap dan darjat. Iaitu dari darjah terendah sampailah ke darjah tertinggi. Darjah terendah hanya boleh ikut apa kata pemimpin. Darjah tertinggi boleh buat semua perkara termasuk menetapkan apa yang layak dan tidak layak buat seteru politik.
AntiHipokrit
Catat Ulasan