Sabtu, November 27, 2010

Penganguran: Masaalah perlu hadapi, Bukan putarbelit dan sembunyi

JTK Kelantan Tempatkan 4,375 Penganggur Menerusi Program Pencarian Kerja

KOTA BAHARU, 23 Nov (Bernama) -- Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kelantan berjaya menempatkan 4,375 penganggur atau pencari kerja menerusi empat aktiviti dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Pengarahnya Pezman Che Hussin berkata aktiviti yang dijalankan melalui Portal Job Malaysia, Program 3P (Program Penempatan Pekerja); Temuduga Terbuka dan penempatan terus oleh majikan terbabit dan Program 3P Khas Azam Kerja melibatkan golongan miskin.


"Ini adalah satu kejayaan JTK Kelantan dalam usaha memberi peluang pekerjaan kepada belia-belia menganggur dan lepasan sekolah melalui program yang dijalankan sepanjang tahun," katanya kepada Bernama pada hari Selasa.

Pezman menjelaskan bahawa bilangan 25,733 pencari kerja yang dicatatkan oleh data pencari kerja melalui portal Job Malaysia atau JTK secara manual bukanlah merupakan jumlah pengangguran di Kelantan secara mutlak.

Katanya ini kerana ada antara mereka yang didaftarkan melalui JTK tidak mengemaskinikan pendaftaran mereka walaupun mereka sudah bekerja sama ada secara tetap atau sambilan.

"Jumlah itu merupakan mereka yang telah mendaftar dari Januari hingga September lepas," kata Pezman.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebagai Newbie, saya selalu mencari online untuk artikel yang bisa membantu saya. Terima kasih Wow! Terima kasih! Saya selalu ingin menulis dalam sesuatu situs saya seperti itu. Dapatkah saya mengambil bagian dari posting Anda ke blog saya?

Tenang Lautan Biru berkata...

Mohon promosikan blog kami untuk PRK Tenang.

http://tenangprk.blogspot.com/

Terima kasih.