Khamis, November 04, 2010

Manifesto PAS pengakuan salah

PAS mengeluarkan manifesto pilihanraya kecil pada hari Jumaat lepas.Manifesto ini dilihat bertampal di sana sini untuk sehari dua sebelum ianya hilang dalam perang poster yang bertambah rancak.

Manifesto pilihanraya merupakan satu senarai janji, tindakan dan wawasan yang jelas dan tertulis sebagai sebahagian dari  akan rancangan calon. Namun, manifesto PAS di Galas hanya hujah cetek untuk menjawab serangan kempen Barisan Nasional dan tidak lain, hanya satu pengakuan bersalah.

Lima janji yang mereka kemukakan hanya respons kepada isu-isu yang ditimbulkan Barisan Nasional dan menunjukkan PAS tiada modal dan ide untuk ditawarkan kepada pengundi Galas.


Janji pertama dalam manifesto PAS jelas menunjukkan ketiadaan ide dari PAS untuk ditawarkan kepada pengundi Galas. Apa sangat khidmat arwah YB Chek Hashim Sulaiman yang boleh diteruskan?

Arwah jatuh sakit pada bulan Julai 2008, beberapa bulan selepas memangi kerusi DUN Galas pada Mac 2008. Sejak itu, beliau tidak henti-henti perlu menjalani rawatan dan sering gering di hospital dan rumah.

Mungkin boleh PAS kata arwah meninggalkan banyak jasa, tetapi mahukah mereka teruskan setelah blog ini  dedahkan banyak salahlaku arwah menipu orang kampung, dan peneroka?

PAS berharap dengan janji ini, mereka boleh dapat meneruskan momentum dari kemenangan beliau pada 2008. Tidakkah mereka berfikir, ia juga bermakna meneruskan penipuan dan penindasan dari salahguna kausa dan pengaruh terhadap rakyat biasa? 


Janji kedua PAS menunjukkan intrig dan hipokrasi PAS. Selepas memenangi kerusi ini dua tahun lepas, janji untuk membuka Pusat Khidmat Rakyat di Bandar Gua Musang hanya menunjukkan wakil rakyat PAS sebelum ini tidak menjalankan tugas. Inikah yang dikatakan meneruskan kerja baik arwah?

Janji ini juga menunjukkan PAS yang memimpin kerajaan negeri selama lebih 20 tahun tidak menjalan tugas dan tanggungjawab terhadap rakyat di Galas dan Gua Musang, amnya.

PAS tidak perlu membuka Pusat Khidmat jika pejabat-pejabat dan jabatan-jabatan kerajaan negeri memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab memberi khidmat kepada rakyat di sini tanpa mengira orientasi parti mereka.

Ini hanya menunjukkan PAS berpilih-pilih dalam membantu rakyat.


Janji ketiga untuk membawa pembangunan untuk masa depan rakyat hanya meniru janji dan komitmen Barisan Nasional yang telah memerintah selama lenbih 50 tahun.

PAS berpeluang untuk lakukan perkara yang sama. Setelah 20 tahun, apa yang PAS telah bawa? Baca UMNO Online di sini.

Kenapa setelah 20 tahun, hutang PAS hingga RM1 billion tetapi masih tiada pembangunan? Ekonomi begitu lembab hingga ratusan ribu, jika tida sejuta rakyat Kelantan perlu mencari nafkah hidup di luar Kelantan? Keperluan asas negeri seperti air pun tidak terurus tetapi asyik menuding jari menyalahkan orang lain?

Setiap kali anda menuding jari ke arah sesiapa, tiga jari menunjuk ke arah diri sendiri.

Dalam mereka melaungkan diri sebagai pejuang Islam, berapa masjid yang sudah mereka bina? Ini hanya salah satu dari keperluan asas dalam mentarbiah dan mengimarahkan Islam.

Adakah PAS menawarkan janji ini kerana BN menjanjikan perkara sama dan ia sesuatu yang sentiasa releven? Jika selama 20 tahun tiada yang boleh dilakukan, jauh sekali calon PAS boleh lakukan apa-apa dalam setahun dua penggal pilihanraya ini.


Janji ke empat pula untuk membuka khidmat klinik kesihatan bergerak. Apa langsung calon Dr Zul itu seorang doktor, dia boleh menguruskan khidmat sedemikian?

Dia sendiri mengaku berhenti mengamalkan profesyen perubatan selam dua tahun kerana sibuk dengan politik. Sediakah dia jalankan program ini dengan kesibukan sebagai wakil rakyat, jika dia menang?

Namun begitu, khidmat ini baik dijalankan. Kos amat tinggi dan bukan mudah untuk dijalankan. Adakah ini hanya janji yang akan kekal sebagi janji kerana kos yang tinggi?

Kalau Dr Zul kalah, sediakah kerajaan negeri jalankan program ini. Ingin juga rakyat tahu.


Janji kelima dan anihnya terakhir PAS pula adalah untuk menubuhkan satu urussetia.Masaalah orang asli sepatutnya menggantikan janji meneruskan legasi arwah wakil rakyat kerana masaalah timbul dari sikap dan polisi kerajaan negeri yang sengaja meminggir dan merosakkan habitat kehidupan mereka.

Mereka dihalau dari kawasan penempatan untuk kepentingan taukeh-taukeh balak dan sayur dari luar mengaut kekayaan dari bumi mereka. Taukeh-taukeh ini merosakkan alam sekitar hingga sumber air orang Asli tercemar.Hutan untuk mereka mencari mata pencarian dari mengumpul akar kayu dan hasik hutan rosak dari kegiatan balak yang menggondol hutan.

Sudahlah itu, tiada pampasan atau hanti tanah diberikan keapda mereka. Bantuan yang dihantar melalui Jabatan Pembangunan Islam Kelantan hanya diberi secara berpilig-pilih kepada mereka yang menyokong PAS dan tidak kepada semua penduduk kampung.

Apa yang boleh urusetia yang mahu ditubuhkan Dr Zul boleh lakukan? Semua ini berlaku atas tindakan dan pengetahun kerajaan negeri. Mereka yang berkuasa dan bukan urusetia yang dijanjikan.

Tanpa kuasa, adakah  suara urusetia boleh mengalahkan duit taukeh-taukeh yang masuk ke dalam tabung politik PAS dan poket-poket pemimpin PAS?

Pasti tidak.

Janji ini satu pengakuan salah PAS atas dosa mereka menindas dan berlaku zalim ke atas orang Asli Galas. Ia hanya untuk mengaburi para pengundi untuk memberi mereka undi.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SEMOGA BERLAKU PERUBAHAN. SOKONGLAH CALON UMNO..INSAFLAH WAHAI PENGUNDI GALAS..KAMU TELAH TERTIPU SELAM 20 TAHUN YANG LALU.

menara berkata...

Lintas langsung dari Galas - LIVE