Jumaat, November 12, 2010

Fatah Harun berbahasa kesat di DUN Kelantan


ADUN Paloh Digantung Hadiri Dewan Selama Sehari

KOTA BAHARU, 10 Nov (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh daripada Barisan Nasional (BN) hari ini digantung selama sehari daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kerana didakwa ingkar perintah Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim.

Datuk Nozula Mat Diah diperintah keluar dewan dan digantung sehari daripada menghadiri persidangan setelah enggan mematuhi arahan Mohd Zaki yang memintanya supaya duduk bagi membolehkan Dr Nik Mazian Nik Mohamed (PAS-Gaal) meneruskan perbahasan Bajet 2011 kerajaan negeri.

Insiden berlaku ketika Nozula bangun membantah perkataan yang dikeluarkan Abdul Fatah Harun (PAS-Bukit Tuku) yang mengumpamakan Umno seperti "najis dalam tandas" ketika mencelah perbahasan Dr Nik Mazian.


Kata-kata Abdul Fatah menyebabkan Nozula bangun meminta Abdul Fatah menarik balik kenyataannya yang disifatkan sebagai menghina Umno.

Suasana dewan menjadi "panas" apabila Abdul Fatah enggan menarik balik kata-katanya dan Mohd Zaki, yang cuba menenangkan keadaan dewan, menyifatkan apa yang dikatakan Abdul Fatah tidak menyalahi peraturan dewan.

Ini menyebabkan perang mulut antara Nozula dan Mohd Zaki, yang kemudiannya berang dengan keengganan Nozula duduk, lalu memerintahkannya keluar dewan.

Ketika ditemui di luar dewan, Nozula melahirkan perasaan sedih dengan penghinaan Abdul Fatah terhadap Umno.

"Apa yang dikatakan Bukit Tuku menimbulkan kemarahan dan menghina Umno seolah-olah Umno tidak berjasa. Saya sedih Umno dihina sebegitu rupa. Saya menerima arahan (timbalan) speaker yang menghalau saya," katanya yang dilihat mengalirkan air mata.

Nozula berkata ini kali ketiga sepanjang beliau menjadi ADUN diperintah keluar dewan dan sekali digantung elaun.

-- BERNAMA

2 ulasan:

Anak Lenggong berkata...

Pemimpin dan penyokong PAS nama sahaja pejuang islam dan cara pemakaian melambangkan saorang muslim tetapi hakikat sebenar nya ni lebih teruk lagi daripada saekor haiwan dihutan...lihat sahaja laa perangai yang ditunjukkan mereka disetiap ceramah ..pemimpin asyik dok menjatuhkan moral puak yang tak sehaluan mereka dengan kata-kata cacian dan fitnah..penyokong pula hanya bergelak ketawa pabila sipenceramah menggunakan cacian dan mencarut....mereka juga lah yang menjadi samseng jalanan..pemimpin mereka jugalah yang menolak perpaduan bangsa seagama...allah sendiri pun mereka permainkan dengan menyatakan allah pun mencarut...so tak hairan lah dengan perbuatan yang dilakukan oleh siFatah ni...cuma yang membezakan dia dengan haiwan dihutan adalah songkok kat atas kepala ...

Tanpa Nama berkata...

tak po, tak po, Allah tahu niat si fatah munafik tu, akan ada pembalasannya nanti kpd org yg memandang hina kpd org wpun ada sbb, apalagi jika tiada sbb, hanya setakat dengki, sakit hati shj.......