Selasa, November 09, 2010

ADUN Perupok tegur sikap berhelah kerajaan negeri

KOTA BARU: Kerajaan negeri pimpinan PAS hari ini diminta menghentikan sikap menyalahkan Kerajaan Pusat berhubung masalah yang tidak dapat diselesaikannya termasuk isu pembinaan dan membaiki jalan, kata Datuk Omar Mohamed PAS-Perupok.

Beliau berkata, sudah 20 tahun kerajaan PAS memerintah Kelantan dan seharusnya sikap menyalahkan Kerajaan Pusat tidak timbul kerana menjadi tanggungjawab kerajaan negeri mencari ikhtiar untuk mendapatkan peruntukan bagi membaiki atau membina jalan.

Beliau yang telah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selama enam penggal menasihatkan pemimpin PAS agar tidak lagi menggunakan alasan seumpama itu kerana rakyat sudah jemu mendengar alasan begitu yang diulang-ulang selama 20 tahun sejak PAS mengambil alih pentadbiran Kelantan pada 1990.


"Apa-apa yang perlu dibuat jangan asyik bicara menyalahkan Kerajaan Pusat. Tidak boleh baiki jalan sebab bawah Kerajaan Pusat. Itu sudah tidak boleh dipakai.

"Jalan ada yang dinamakan jalan persekutuan, jalan negeri, jalan kampung, jadi ini semua terletak di bawah kerajaan negeri, kalau perlukan peruntukan untuk jalan kenalah ikhtiar untuk berunding dengan Kerajaan Pusat. Apa yang penting pembinaan jalan itu untuk rakyat," katanya ketika membahaskan usul ucapan terima kasih atas titah Sultan Muhammad Kelima pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan penggal ketiga, di sini hari ini.

Omar turut mengingatkan kerajaan negeri supaya mengambil tindakan pro-aktif dalam menyelesaikan masalah rakyat seperti membaiki jambatan yang runtuh kerana ia di bawah bidang kuasa negeri.

Beliau berkata, kerajaan PAS Kelantan perlu melaksanakan keperluan rakyat jika tidak mereka akan menolak PAS seperti keputusan Pilihan raya kecil DUN Galas, Khamis lepas apabila calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusoff menang majoriti 1,190 undi mengalahkan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandangnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima meninggal dunia akibat barah usus pada 27 September lepas. Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim menang dengan majoriti 646 undi. - BERNAMA

4 ulasan:

Cg Pian berkata...

Bila YB Aziz angkat sumpah?

Anuar karipap berkata...

senang nak menyalahkan org, yg susahnya menyalahkan diri sendiri.
Masih ramai lagi yg percaya akan tai- chi dr pihak PAS yg menggunakan agama sbg candu yg menghayalkan, sungguh jijik tp itlah hakikatnya Kelantan dibawah PAS yg sesat lagi menyesatkan.

Tanpa Nama berkata...

alamak lupa nak tanya bila nak angkat sumpah besok aku bagitau kat hang ... jajajaja

Tanpa Nama berkata...

selama 20 tahun pimpinan PAS Kelantan menyalahkan kerajan UBN ,selama 20 Tahun rakyat kelantan dijanji surga..air kotor keluar paip di rumah pun tak apa..akhirnya..woooit ape kejadahnye korang ni bangang sangat ke orang kelantan ni..tak ada akai ke korang semua...

aku nak air bersih macam negeri lain di Malaysia...

aku melayu so what!!!!