Rabu, Oktober 27, 2010

Penduduk terharu dengan bantuan naik taraf rumah



Program “Naik Taraf Rumah” bantuan kerajaan yang melibatkan Giat Mara berjaya membantu golongan yang kurang bernasib baik.Program Giat Mara Dekati Rakyat telah menaiktaraf sebanyak 25 buah rumah penduduk di pilihanraya Galas 2010.

Menurut blog HJero Kecik sini, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan memberitahu kerajaan Barisan Nasional berusaha menaikkan taraf kehidupan di luar Bandar. Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM15,000 ker RM20,000 untuk naik taraf sebuah rumah.

Semasa berada di Kampung Tiong Baru Gua Musang, Dato Ahmad sempat bertemu Puan Noraini bt Ismail,  salah seorang yang mendapat bantuan dan rumah sedang dalam proses naik taraf.

Puan Noraini begitu bersyukur dan terharu dengan keprihatinan kerajaan dalam meringankan bebanan keluargnya. Beliau kini mempunyai kediaman yang jauh lebih baik daripada kediamannya sebelum ini.

Puan Noraini adalah seorang ibu tunggal yang mempunyai enam orang anak yang masih dibangku sekolah.
..

1 ulasan:

Sampul Kecil berkata...

Alhamdulillah..

Diharapkan.. program seperti ni diteruskan selepas PRK ni..

Dan sepatutnya program ni sentiasa ada.. bukan hanya ketika pilihanraya je.. Maksudnya sentiasa bawa payung sebelum hujan..