
Beliau yang kembali dari London pagi Sabtu mengadakan sidang akhbar di bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelihatan ceria dan bersemangat untuk menghadapi pilihanraya tersebut. Mengenai hasrat sesetengah pihak untuk melihat beliau menjadi calon BN di Galas, kata Ku Li, beliau tidak boleh memberi kepastian mengenai perkara tersebut.
"Kita belum mengadakan mesyuarat pun. Kita bincang tadi, mungkin saya akan jumpa Perdana Menteri pada hari Isnin depan. Selepas itu, kita akan mengadakan mesyuarat, dan selepas mesyuarat, kita akan mengadakan sidang media, memaklumkan apa yang kita bincangkan dalam mesyuarat itu," katanya sambil tersenyum penuh makna.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno mengakui Ku Li merupakan calon paling layak bertanding di DUN Galas berdasarkan kewibawaan beliau, khususnya di Gua Musang, selain dalam arena politik di peringkat nasional. Menjawab soalan dari wartawan yang penuh sesak di bilik VIP itu, mengenai isu royalti minyak Kelantan yang cuba dimainkan oleh Pas kerana mereka sependirian dalam isu berkenaan , Ku Li tegaskan PAS sudah bawa kes ini ke mahkamah dan ia adalah subjudis untuk di sentuh dalam kempen nanti.
Ku Li juga hanya menjawab dengan sinis tanggapan bahawa Pas boleh menang mudah di Galas dengan alasan undi untuk Ku Li bagi kerusi Parlimen di DUN Galas adalah rendah dari calon Parlimen Pas. “Kita tunggu 4 November ini,” kata Ku Li yang disambut dengan tepukan gemuruh dari kira-kira 50 orang penyokong beliau yang turut serta menyambut kepulangannya.
Ku Li yang menjadi Ahli Parlimen Gua Musang dari tahun 1974 dan tidak pernah kalah di kawasan tersebut, biarpun penah keluar Umno untuk memimpin Semangat 46 satu ketika dulu. Mengulas mengenai kekalahan BN di Dun Galas pada pilihanraya umum lalu, kata Ku Li ia adalah sebahagian dari trend semasa (tsunami politik) waktu itu dan beliau yakin BN mampu menawan kembali kali ini.

Pilihan raya kecil DUN Galas bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Allahyarham Chek Hashim bin Sulaiman dari Pas pada 27 September lalu. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan 26 Oktober sebagai tarikh penamaan calon dan 4 November sebagai tarikh pengundian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan