Rabu, Oktober 27, 2010

'Kampung Wifi' di Gua Musang

Gua Musang menjadi jajahan pertama di Kelantan menerima perkhidmatan melayari Internet tanpa wayar secara percuma melalui program 'Kampung Wifi' melibatkan 30 buah kampung dalam jajahan itu.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, selaras dengan usaha kerajaan memberi kemudahan itu kepada semua lapisan masyarakat termasuk di luar bandar, kementeriannya akan melaksanakan Kampung Wifi secara berperingkat dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, perkara itu sudah dirancang lebih awal lagi kerana kerajaan mahu rakyat di semua peringkat sama ada di bandar atau luar bandar menikmati kemudahan terbabit secara sama rata.

"Buat kali pertama di Kelantan kita lancarkan dahulu Kampung Wifi di Gua Musang kerana ramai penduduk menunggu-nunggu perkhidmatan itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kampung Wifi di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Sungai Terah, di sini hari ini.

Turut hadir calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas, Abdul Aziz Yusoff, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Khalid Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Datuk Nozula Mat Diah. - BERNAMA

8 ulasan:

mindanelayan berkata...

Maaf la.. Dari beri WiFi.. baik bangunkan kampung tersebut.. Lagi bagus.. Orang kampung belum lagi memerlukan wifi tersebut.. yang emreka mahukan adalah pembangunan kampung mereka..

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya bersyukur dan dengan apa yang orang nak bagi, cuba bandingkan yang sebelum ini apa yang dapat, bukan-kah WIFI juga untuk pembangunan minda, fikir-fikirkan lah.....

Undi BN berkata...

kat kg aku susah nak dapat internet....mintak-mintak YB kg aku cepat mati....dapat jadi kg WiFI free beb..

Gula-gula piliharaya....politik lubang jubor

Tanpa Nama berkata...

setakat potong getah dan pungut buah kelapa sawit tu tak payah la wi-fi bagi rumah ke ada juga manfaatnya

Tanpa Nama berkata...

mindanelayan

bridging digital divide to penting juga. blh bantu nelayan ...

Minda Merdeka berkata...

Kerajaan ada inisiatif, so salah satunya pembangunan teknologi BBand, free pulak tu.

Memang kalau tak ubah minda dan pemikiran sampai bila pon tak membangun, so apa erti pembangunan kalau kesedaran tak wujud dalam erti kata kemerdekaan..

Pasal getah dan kelapa sawit pon banyak dalam Internet apatah lagi ilmu tentang yang lain, adakah inisiatif nak bukak mentelaah?, so bila dah ada peluang ni guna jerlah kemudahan diberikan..

"Minda Merdeka"

Tanpa Nama berkata...

Cet...orang yang bagi komen kat sini ingat orang Gua Musang bodoh ker..aku sebagai penduduk asal Gua Musang sokong apa2 yang nak membangunkan insaniah atau zahiriah penduduk di sini..Wifi tu satu platform untuk memajukan penduduk..ko ingat kat kampung semua orang toreh getah je ker..geram aku, tau cakap jer boleh lar..kutuk2 jer..bodoh..

Tanpa Nama berkata...

Cet...orang yang bagi komen kat sini kalau tak tau pape xpayah komen, tau cakap jer..ko ingat kat Gua Musang tu orang sume keje toreh getah je ker..aku orang Gua Musang, aku sokong adekan Wifi, untuk pembangunan insaniah dan zahiriah penduduk...jangan tau cakap tapi akal xde...bodoh..